Charles III

Charles III
Ketua Komanwel
Gambar Charles sebagai Putera Wales
Charles III pada tahun 2023
Raja United Kingdom
dan Negara-negara Alam Komanwel lain
Pemerintahan8 September 2022 – kini
Kemahkotaan6 Mei 2023
Didahului olehElizabeth II
Pewaris takhtaWilliam, Putera Wales
KeputeraanPutera Charles dari Edinburgh
(1948-11-14) 14 November 1948 (umur 75)
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Pasangan
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Charles Philip Arthur George[fn 1]
KerabatWindsor
AyahandaPutera Philip, Duke Edinburgh
BondaElizabeth II
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanUnited Kingdom
Perkhidmatan
Tahun perkhidmatan aktif1971–1976
ArahanHMS Bronington

Charles III (Charles Philip Arthur George; diputerakan 14 November 1948) ialah Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel lain.[fn 2]

Charles diputerakan di Istana Buckingham semasa nendanya George VI menjadi raja. Apabila bondanya Elizabeth II menaiki takhta pada tahun 1952, baginda telah dijadikan pewaris takhta Britain yang pertama. Pada tahun 1958, baginda menyandang gelaran Putera Wales, dan pada tahun 1969, upacara pertabalan baginda untuk gelaran itu diadakan. Charles mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah seperti Cheam School, Gordonstoun, dan menghabiskan enam bulan di Australia di Geelong Grammar School. Setelah memperoleh ijazah sejarah dari Universiti Cambridge, Charles berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja dan Tentera Laut Diraja dari tahun 1971 hingga tahun 1976. Pada tahun 1981, baginda berkahwin dengan Lady Diana Spencer. Pasangan itu dikurniakan dua orang putera iaitu Putera William yang diputerakan pada tahun 1982 dan Putera Harry pada tahun 1984. Bagaimanapun, Charles dan Diana memutuskan untuk berpisah pada tahun 1992 dan akhirnya bercerai pada tahun 1996. Pada tahun berikutnya, Diana maut dalam kemalangan kereta di Paris. Pada tahun 2005, Charles berkahwin dengan kekasih lamanya, Camilla Parker Bowles.

Sebagai pewaris takhta, Charles menjalankan tugas rasmi diraja bagi pihak bondanya. Baginda mengasaskan sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai The Prince's Trust pada tahun 1976 untuk membantu golongan muda yang kurang bernasib baik. Baginda juga menaja The Prince's Charities dan menjadi penaung atau presiden kepada lebih daripada 800 badan amal dan organisasi lain. Baginda memperjuangkan pemeliharaan bangunan bersejarah dan pentingnya seni bina dalam masyarakat. Dalam hal ini, baginda menubuhkan sebuah bandar percubaan baru bernama Poundbury. Charles mengambil berat tentang alam sekitar dan menyokong pertanian organik serta usaha untuk menangani perubahan iklim sambil menguruskan estet diraja Duchy of Cornwall. Baginda turut menerima anugerah atas sumbangannya. Baginda juga merupakan pengkritik terkemuka terhadap penggunaan makanan yang diubah suai secara genetik, manakala sokongannya terhadap perubatan alternatif telah dikritik. Baginda telah menulis atau menulis bersama 17 buah buku.

Pada 8 September 2022, Charles menaiki takhta British berikutan kemangkatan bondanya. Pada usia 73 tahun, baginda menjadi pewaris takhta tertua yang pernah menaiki takhta. Baginda merupakan pemegang paling lama gelaran tersebut dalam sejarah. Istiadat kemahkotaan baginda diadakan pada 6 Mei 2023 di Westminster Abbey.

  1. ^ "The Royal Family name". Official website of the British monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2009. Dicapai pada 3 Februari 2009.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "fn", tetapi tiada tag <references group="fn"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search