Cheteria

Cheteria merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei, yang mana kedudukannya adalah di bawah Wazir dan di atas Manteri. Cheteria mempunyai tingkatan kedudukan berdasarkan sistem Empat Lipatan iaitu sehingga lipatan tiga puluh dua. Setiap orang yang diberi kedudukan dalam Cheteria juga diberi gelaran tertentu serta dirujuk dengan rujukan kehormat "Yang Amat Mulia". Gelaran Cheteria hanya diberikan kepada orang-orang yang berketurunan Pengiran, terutama sekali Pengiran Peranakan.[1] Pengurniaan gelaran diadakan dalam suatu upacara dan ianya dipanggil "mengangkat".[2]

  1. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 14–15. ISBN 9991734228.
  2. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 20. ISBN 9991734228.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search