Cosplay

Seorang pemudi mengenakan kostum watak Kongo dari siri Kantai Collection semasa acara Animax Carnival 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia

Cosplay (コスプレ kosupure, kependekan istilah bahasa Inggeris: costume play - "pertunjukan kostum") adalah suatu jenis persembahan seni di mana peserta mengenakan kostum dan aksesori yang bersesuaian agar menyerupai watak sesebuah cerita rekaan atau idea tertentu. Watak-watak cereka yang sering menjadi sasaran dari pengkaryaan cereka di Jepun seperti manga, anime dan tokusatsu; namun kecenderungan kini tirut termasuk kartun Amerika dan cereka sains lain merangkumi media buku komik, novel grafik, permainan video, hentai dan fantasi wayang. Setiap entiti dari maya nyata atau dunia yang sesuai untuk tafsiran dramatik boleh diambil sebagai subjek.

Salah satu bentuk cosplay yang lain ialah crossplay iaitu pelaraman sebagai watak yang berlainan jantina (yakni, seorang perempuan berkostum sebagai watak lelaki dan sebaliknya).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search