Cyrus Agung

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Kirus Agung
Kirus/Kurus Agung
کوروش بزرگ
Raja Parsi, Raja Anshan, Raja Media, Raja Babylon, Raja Sumer dan Akkad, Raja Empat Penjuru Dunia[1]
Pemerintahan559 BC-529 SM (30 tahun)
PertabalanAnshan, Persis
DimakamkanPasargadae
PendahuluCambyses I
PenggantiCambyses II
PasanganCassadane dari Parsi
AnakandaCambyses II
Smerdis
Artystone
Atossa
Nama tidak diketahui
Kerabat dirajaAchaemenid
AyahandaCambyses I dari Parsi
BondaMandane dari Media atau Argoste (dari Parsi?)
AgamaZoroastrianism[2]

Kirus[3]/Kurus Agung (Parsi purba: Τ΢ν΢ρ[4], IPA: [kʰuːrʰuʃ], Kūruš[5] > Parsi moden: کوروش بزرگ, Kūrošé Bozorg; bahasa Yunani: Κῦρος Kỹros, Bahasa Latin: Cyrus,[6][7] s. 600 SM atau 576 – Ogos 530 SM atau 529 SM), juga dikenali sebagai Cyrus II dari Parsi dan Cyrus Orang Tua,[8] merupakan Shāhanshāh (Maharaja) Parsi yang pertama. Baginda merupakan pengasas Empayar Parsi di bawah empayar dinasti Achaemenid — sebuah empayar dunia pertama yang mempunyai sejarah penting[9] dan mungkin yang paling kaya dan menggagumkan di dalam sejarah.[10]

Di bawah pemerintahan baginda, empayar Parsi berjaya menawan banyak negara-negara bertamadun hebat yang lain yang terletak berdekatan Timur Dekat purba,[9] ia berkembang dengan pesat, dan kemudian akhirnya menakluki kebanyakkan negara-negara di Asia Barat Daya dan Asia Tengah, bermula dari Mesir dan Hellespont di barat sehingga Sungai Indus di timur, dan mewujudkan empayar terbesar yang pernah disaksikan oleh dunia.[11]

Tempoh pemerintahan Raja Kurus berlangsung selama 20 hingga 30 tahun. Raja Kurus menubuhkan empayar beliau dengan mula menentang dan menakluk Empayar Media, Empayar Lydia dan kemudian Empayar Babylon Baru. Sebelum atau selepas penawanan Babylon, beliau telah mengetuai ekspedisi ke tengah Asia, yang mana mewujudkan kempen-kempen utama yang membawa "kepada penguasaan negara semua tanpa kekecualian".[12] Kurus tidak berjaya menawan Mesir, setelah baginda mangkat dalam pertempuran dalam peperangan melawan orang Scythia di sepanjang Syr Darya pada bulan Ogos 530 SM atau 529 SM.[13] Beliau telah digantikan oleh anak lelakinya, Cambyses II, yang telah berjaya meluaskan empayarnya dengan menakluk Mesir, Nubia, dan Cyrenaica semasa tempoh pemerintahan singkatnya.

Sebagai seorang pemimpin tentera, Raja Kurus meninggalkan warisan kekal pada seni kepimpinan dan membuat keputusan dan beliau menyifatkan kejayaan beliau sebagai "Kepelbagaian dalam nasihat, kesatuan dalam arahan."[14] Raja Kurus menghormati budaya dan agama di tanak taklukannya.[15] Adalah dikatakan, dalam sejarah sejagat peranan empayar Achaemenid yang ditubuhkan oleh Raja Kurus bergantung pada kejayaan model pentadbiran berpusat dan mewujudkan kerajaan yang bekerja ke arah kebaikan dan keuntungan subjeknya.[9] Secara fakta, pentadbiran empayar melalui satraps dan prinsip-prinsip utama menubuhkan kerajaan di Pasargadae berjaya buat Raja Kurus.[16] Selain dari negaranya sendiri, Iran, Raja Kurus juga meninggalkan warisan berterusan ke atas agama Yahudi (melalui Edik Pemulangan beliau), hak-hak kemanusiaan, politik dan strategi ketenteraan, selain kedua-dua budaya Timur dan tamadun Barat.

  1. ^ Ghasemi, Shapour. "The Cyrus the Great Cylinder". Iran Chamber Society. Dicapai pada 2009-02-22.
  2. ^ Boyce, Mary. "Achaemenid Religion". Encycloaedia Iranica. vol. 2. Routledge & Kegan Paul. |volume= has extra text (bantuan); "The Religion of Cyrus the Great" in A. Kuhrt and H. Sancisi-Weerdenburg, eds., Achaemenid History III. Method and Theory, Leiden, 1988.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Kirus". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 603 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Ghias Abadi, R. M. (2004). Achaemenid Inscriptions lrm; (dalam bahasa Persian) (ed. 2nd edition). Tehran: Shiraz Navid Publications. m/s. 19. ISBN 964-358-015-6. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Kent, Ronald Grubb (1384 AP). Old Persian: Grammar, Text, Glossary (dalam bahasa Persian). translated into Persian by S. Oryan. m/s. 393. ISBN 964-421-045-X. Check date values in: |year= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Schmitt, Rüdiger. "Cyrus (name)". Encyclopædia Iranica. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 8 February 2016.
  7. ^ Schmitt 2010, m/s. 515.
  8. ^ Xenophon, Anabasis I. IX; see also M.A. Dandamaev "Cyrus II", in Encyclopaedia Iranica.
  9. ^ a b c Schmitt Achaemenid dynasty (i. The clan and dynasty)
  10. ^ J. Abbott p. 13.
  11. ^ Kuhrt, Amélie. "13". The Ancient Near East: C. 3000-330 BC. Routledge. m/s. 647. ISBN 0-4151-6762-0. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  12. ^ Cambridge Ancient History IV Chapter 3c. p. 170. The quote is from the Greek historian Herodotus
  13. ^ Cyrus' date of death can be deduced from the last reference to his own reign (a tablet from Borsippa dated to 12 August 530 BC) and the first reference to the reign of his son Cambyses (a tablet from Babylon dated to 31 August); see R.A. Parker and W.H. Dubberstein, Babylonian Chronology 626 B.C. - A.D. 75, 1971.)
  14. ^ Garvin, David; Roberto, Michael (September, 2001). "What You Don't Know About Making Decisions". Harvard Business Review. 79 (8). m/s. 108–16. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Dandamayev Cyrus (iii. Cyrus the Great) Cyrus’ religious policies.
  16. ^ The Cambridge Ancient History Vol. IV p. 42. See also: G. Buchaman Gray and D. Litt, The foundation and extension of the Persian empire, Chapter I in The Cambridge Ancient History Vol. IV, 2nd Edition, Published by The University Press, 1927. p. 15. Excerpt: The administration of the empire through satrap, and much more belonging to the form or sprit of the government, was the work of Cyrus...

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search