Dafi

Dafi Ismail Sabri
Nama lahirGadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Kelahiran (1988-12-14) 14 Disember 1988 (umur 35)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
KRU Music Group
Pengkarya berkait
Gita Gutawa

Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atau lebih dikenali sebagai Dafi Ismail Sabri (dilahirkan pada 14 Disember 1988) merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.

Dafi mendapat tawaran daripada Eirma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM. Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati? terbitan Tayangan Unggul.

Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search