Darah

Titisan darah yang dipicit keluar dari sebatang jari

Darah (Jawi: داره) adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. "Darah" turunan kata akar Proto-Austronesia *daRaq.[1] Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Yunani untuk darah.

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vena.

Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.

Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*daRaq: blood; to bleed; menstruate". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 3 Disember 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search