Darjah Matahari Terbit

Darjah Matahari Terbit
旭日章
JenisDarjah kebesaran Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan10 April 1875 Sunting ini di Wikidata
NegaraJepun Sunting ini di Wikidata
PengasasMaharaja Meiji Sunting ini di Wikidata
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Bunga Paulownia Sunting ini di Wikidata
Lebih rendahDarjah Khazanah Suci Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Matahari Terbit (旭日章, Kyokujitsu-shō) ialah darjah kebesaran ketiga tertinggi Jepun selepas Order of the Paulownia Flowers, dizahirkan pada tahun 1875 oleh Maharaja Meiji. Darjah tersebut merupakan anugerah kebangsaan pertama yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun,[1] dizahirkan pada 10 April 1875 atas dekri Majlis Negara.[2] Lencana itu berbentuk pancaran cahaya daripada matahari terbit. Reka bentuk Rising Sun melambangkan tenaga sekuat matahari yang sedang terbit[3] selari dengan konsep "matahari terbit" Jepun ("Negara Matahari Terbit").

Laksamana AS Dennis C. Blair dikurniakan lencana dan selepang Order of the Rising Sun. (2002)

Darjah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah membuat pencapaian yang cemerlang mengikut bidang berikut: perhubungan antarabangsa, mempromosi Budaya Jepun, kemajuan dalam bidang mereka, kebajikan atau pemuliharaan alam sekitar.[4] Sebelum berakhirnya Perang Dunia 2, ia juga telah dikurniakan untuk perkhidmatan tentera yang terpuji. Bermula tahun 2003, pingat tertinggi bagi Order of the Rising Sun menjadi darjah berasingan yang dikenali sebagai Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers.[5]

Ia adalah darjah ketiga paling tinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun, namun ia biasanya darjah tertinggi yang diberikan secara umum. Darjah tertinggi Jepun, iaitu Order of the Chrysanthemum, dikhas untuk ketua-ketua negara atau raja, manakala darjah kedua tertinggi, Order of the Paulownia Flowers di khaskan sepenuhnya untuk ahli politik.

Versi moden penghormatan ini telahpun diberikan kepada penerima bukan rakyat Jepun bermula tahun 1981 (walaupun beberapa warga asing telah diberikan penghormatan ini sebelum Perang Dunia II); dan wanita telah dikurniakan Darjah ini bermula tahun 2003 (sebelum ini, wanita telah dikurniakan Order of the Precious Crown).[6] Pengurniaan Darjah ini telah diurus oleh Biro Darjah Kebesaran di Pejabat Perdana Menteri. Ia dikurniakan atas nama Maharaja dan dan boleh dikurniakan selepas mati.

  1. ^ "Decorations Bureau web site". CAO. Dicapai pada 5 November 2011.
  2. ^ "Council of State decree". Quan online. Dicapai pada 5 November 2011.
  3. ^ "Embassy of Japan in Australia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2015-12-22.
  4. ^ Orders of the Rising Sun Cabinet Office
  5. ^ Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers Cabinet Office
  6. ^ "Weatherhead East Asian Institute web site - Carol Gluck". Columbia University. 1 May 2006. Dicapai pada 5 November 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search