Dawoodi Bohra

Templat:Ismailis

Kelompok Dawoodi Bohra (bahasa Arab: داؤدی بوہرہ, Hindi: दवूदि बोह्रा) ialah cabang utama dalam kelompok Bohra yang merupakan submazhab Musta‘lī dalam aliran Syiah Ismailliyah. Submazhab ini berpangkalan di India walaupun mazhab Bohra berasal daripada Yaman.

Perkataan Bohra itu sendiri berasal daripada perkataan Vehwahar dalam bahasa Gujerat yang diterjemahkan sebagai "perdagangan".

Pemimpin rohani kelompok ini ialah Dr Syedna Mohammed Burhanuddin. Dia dikenali sebagai Dā‘ī l-Mutlaq dan merupakan Dā‘ī ke-52 dalam satu rantaian Dā‘ī yang tidak pernah putus.

Kelompok Bohra percaya bahawa Imam ke-12, Taiyab Abi al-Qasim yang dipercayai adalah keturunan terus Muhammad melalui anak gadisnya Fātimatu z-Zahra telah pergi mengasingkan diri dan menubuhkan jawatan-jawatan Dā‘ī l-Mutlaq (داعي المطلفق), Ma'ðūn (مأذون) dan Mukasir (مكاسر). Dā‘ī l-Mutlaq adalah timbalan Imam dengan kuasa penuh untuk mentadbir komuniti Dawoodi Bohra dalam hal-ehwal kerohanian dan duniawi.

Ketika Imam mengasingkan diri, Dā‘ī l-Mutlaq dilantik oleh penjabatnya yang terdahulu. Manakala ma'ðūn dan mukasir dilantik oleh Dā‘ī l-Mutlaq. Kepercayaan dasar kelompok Dawoodi Bohra adalah bahawa kehadiran Imam yang mengasingkan diri dijamin dengan kehadiran Dā‘ī l-Mutlaq.

Mohammed Burhanuddin telah melantik Syedi Khuzaima Qutbuddin sebagai ma'ðūnnya dan Syedi Husain Husamuddin sebagai mukasirnya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search