Demografi Jerman

Berlin ialah bandar raya terbesar di Jerman dengan penduduk berjumlah 3.4 juta orang.

Demografi Jerman dipantau oleh "Statistisches Bundesamt".

Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.[1] Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.[2] Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialah Berlin, Hamburg, Munich, Cologne, Frankfurt dan Stuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputi Düsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya seperti Cologne, Essen, Dortmund, Duisburg, dan Bochum.

Jumlah penduduk di wilayah-wilayah Jerman 1800 - 2000 dan jumlah pendatang asing 1975 - 2000.

Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing.[3] Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.[4] Kumpulan yang terbesar (2.3 juta orang)[5] berasal dari Turki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah seperti Itali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing), Greece, Poland dan Croatia.[6] Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.[7][8] Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.[9]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cia
  2. ^ "Im Jahr 2050 doppelt so viele 60-Jährige wie Neugeborene (Pada tahun 2050 jumlah golongan berumur 60-an berganda berbanding yang baru dilahirkan)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 7 November 2006. Dicapai pada 2008-09-14. (69 juta orang dengan menganggap kadar bersih penghijrahan +100,000 orang setiap tahun, manakala 74 juta dengan menganggap +200,000 orang setahun.)
  3. ^ "Kenaikan kecil penduduk dengan latar belakang asing" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 11 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-16. Dicapai pada 2008-09-14.
  4. ^ "Menschen mit Migrationshintergrund - neue Definition, alte Probleme (Golongan dengan latar belakang asing - takrifan baru, masalah lama)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Pembangunan Kerjaya (BiBB). 2007. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. ^ Richard Bernstein (29 Mac 2006). "Kuiz untuk Bakal Warganegara Menguji Sikap Jerman" (dalam bahasa Inggeris). New York Times. Dicapai pada 2008-09-14.
  6. ^ "Ausländische Bevölkerung (Penduduk Asing)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Kajian Penduduk (BiB). Dicapai pada 2008-09-14.[pautan mati kekal]
  7. ^ Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (2006). Dasar Kependudukan Dunia 2005 (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan PBB. ISBN 9789211514209. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ Bahagian Kependudukan, Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (2006). "Penghijrahan Antarabangsa 2006" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan PBB. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ "Erstmals seit 1990 weniger als 600 000 Ausländer zugezogen (Buat pertama kalinya sejak 1990 kurang daripada 600 000 pendatang asing baru)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 6 Julai 2006. Dicapai pada 2008-09-14.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search