Difteria

Difteria
Pengelasan dan sumber luaran
Difteria menyebabkan ciri-ciri tengkuk bengkak, kadang-kala digelar “tengkuk lembu”.
ICD-10A36
ICD-9032
P. Data Penyakit3122
MedlinePlus001608
eMedicineemerg/138 med/459 oph/674 ped/596
MeSHD004165
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsil, farinks, dan/atau rongga hidung.[1] Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk miokarditis (sekitar 20% kes) [2] dan neuropati di sisi (sekitar 10% kes).[3]

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium diphtheriae iaitu sejenis bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultatif.[4] Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan melalui sentuhan kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui pemvaksinan. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai pelalian yang cukup memerlukan suntikan penggalak setiap 10 tahun.

Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–PertussisTetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

  1. ^ Ryan KJ, Ray CG (editors) (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. m/s. 299–302. ISBN 0838585299.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Havaldar, PV (2000). "Diphtheritic myocarditis: clinical and laboratory parameters of prognosis and fatal outcome". Ann Trop Paediatr. 20 (3): 209-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Solders, G (1989). "Diphtheritic neuropathy, an analysis based on muscle and nerve biopsy and repeated neurophysiological and autonomic function tests". J Neurol Neurosurg Psychiatry. 52 (7): 876-80. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Office of Laboratory Security, Public Health Agency of Canada Corynebacterium diphtheriae Diarkibkan 2008-06-04 di Wayback Machine Material Safety Data Sheet. January 2000.
  5. ^ Atkinson W, Hamborsky J, McIntyre L, Wolfe S, eds. (2007). Diphtheria. in: Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (The Pink Book) (PDF) (ed. 10). Washington DC: Public Health Foundation. m/s. 59–70.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search