Dinasti Chakri

Chakri
Jata Kerabat Diraja Chakri
NegaraKerajaan Thailand
GelaranRaja Siam (1782–1940)
Raja Thailand (1940–kini)
Diasaskan1782
PengasasRama I
Ketua terkiniRama X
EtnikThai, Mon, Cina

Dinasti/Wangsa Chakri atau nama rasmi penuhnya Rajawangsa Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรี Ratchawong Chakkri disebut [râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:] ) merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok.[1] Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang panglima tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan kacuk Cina dan Mon.

Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang pembesar atau kanselor awam (สมุหนายก Samunayok). Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata kerajaan ditubuhkan baginda ini menggabungkan rupa senjata cakeram Sudarshana dan serampang mata tiga Trisula masing-masing merupakan senjata dewa-dewa Wisnu dan Siwa, iaitu betara yang dipercayai rakyat Thai menjelma semula menjadi asal raja mereka.

  1. ^ "21 เมษายน 'วันสถาปนากรุงเทพมหานคร'". VoiceTV (dalam bahasa Thai). 21 April 2016. Dicapai pada 7 Mei 2024.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search