Dinasti Pallava


Dinasti Pallava

Dinasti Pallava pada k.k. 645 Masihi semasa pemerintahan Narasimhavarman I
Bahasa rasmi Prakrit, Sanskrit, Tamil, Telugu
Ibu negara Kanchipuram
Pemerintahan Pemerintahan beraja
Kaum kerabat
Negara sebelumnya Dinasti Satavahana, Dinasti Kalabhra
Negara berikutnya Dinasti Chola, Dinasti Chalukya Timur

Dinasti Pallava ialah dinasti di India Selatan yang memerintah wilayah Tamil Nadu utara dan wilayah Andhra Pradesh selatan, dengan ibu kotanya terletak di Kanchipuram. Kaum kerabat Pallava berasal daripada komuniti Kuruba/Kurumba dan pada mula-mulanya, menghuni di wilayah Guntur di Andhra Pradesh. Kawasan ini kini masih dirujuk sebagai Palnadu atau Pallava Nadu. Perkataan "Pallava" dalam bahasa Sanskrit membawa pengertian cabang.

Dinasti Pallava mencapai kemasyhuran selepas membayangi Dinasti Satavahana di Andhra dan selepas kejatuhan Dinasti Chola di Tamil Nadu. Raja-raja Pallava menaungi bahasa Tamil, bahasa Telugu, dan bahasa Sanskrit. Sesetengah pemuisi Sanskrit yang terkenal, termasuklah Bharavi dan Dandin, serta kuil-kuil potongan batuan di tepi pantai Mahabalipuram berasal dari zaman dinasti ini.

Dinasti Pallava bangkit untuk berkuasa semasa pemerintahan Mahendravarman I (571630 Masihi) dan Narasimhavarman I (630 – 668 Masihi). Ia menguasai Telugu dan bahagian utara wilayah Tamil selama sekitar 600 tahun sehingga akhir abad ke-9. Pada sepanjang pemerintahan mereka, mereka sering bertempur dengan kedua-dua:

dan akhirnya ditewaskan oleh raja-raja Chola pada abad ke-8.

Dinasti Pallava paling terkenal kerana menaungi seni bina yang masih dapat dilihat pada hari ini di Mahabalipuram. Raja-rajanya yang meninggalkan arca dan kuil yang megah mengasaskan seni bina India selatan zaman pertengahan. Penjelajah Cina, Hiuen Tsang, mengunjungi Kanchipuram sewaktu pemerintahan Dinasti Pallava dan memberikan pujian melangit terhadap pemerintahan mereka yang baik.

Banyak sumber memerihalkan Bodhidharma, pengasas mazhab Buddhisme Chan, sebagai putera dinasti Pallava yang hidup sezaman dengan Skandavarman IV dan Nandivarman I,[1] serta juga dengan putera Simhavarman II. Bagaimanapun, kenyataan ini masih dipertikaikan. Mazhab Buddhisme Chan kemudian dikenali sebagai mazhab Buddhisme Zen di Jepun.

Beberapa lagenda dikaitkan dengan asal Pallava.

  1. ^ Kamil V. Zvelebil (1987). "The Sound of the One Hand", Journal of the American Oriental Society, Vol. 107, No. 1, p. 125-126.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search