Dongchimi

Dongchimi
Dongchimi dihidang sebagai banchan
JenisKimchi
Tempat asalKorea
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaLobak putih, baechu, daun bawang, cili hijau, halia, bae
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Dongchimi
Hangul동치미
Hanja冬치미
Perumian Semakandongchimi
McCune–Reischauertongchi'mi

Dongchimi adalah sejenis kimchi mengandungi lobak putih, baechu (hangul: 배추, kubis Cina), daun bawang, cili hijau ditapai, halia, bae (hangul 배: pear Korea) dan air garam dalam masakan Korea. Nama dong (hangul: 동; hanja: ; harfiah "musim sejuk") dan chimi (hangul: 치미, istilah kuno bagi kimchi), mencadangkan, kimchi ini secara tradisinya dimakan pada musim sejuk.[1]

Dongchimi juga diperam seperti kimchi lain, tetapi tempoh matang yang agak pendek (2-3 hari). Walaupun ia boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun, ia biasanya dibuat semasa musim gimjang. Kawasan utara yang terdiri daripada Hamgyeong-do dan Pyeongan-do di Korea Utara amat terkenal dengan dongchimi mereka.[2]

Dongchimi yang berair ini mempunyai rasanya yang jelas dan jernih dan digunakan sebagai sup untuk membuat dongchimi guksu (동치미 국수 sup mi sejuk dibuat dengan dongchimi) dan naengmyeon , atau disajikan dengan tteok atau keledek kukus untuk mengimbangi rasanya yang kuat.[3]

  1. ^ Dongchimi (Radish Liquid Kimchi)
  2. ^ (Korea) 주말 매거진: 김치, 8道 8味 originally from Chosun Ilbo 2003-10-09 10:50
  3. ^ (Korea) Ibuk cuisine (이북음식) from 전통항토음식문화연구원

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search