Duat

Babak pengadilan daripada Kitab Orang Mati daripada Papirus Hunefer. Dalam tiga babak Kitab Orang Mati ini (versi dari ~1275 SM) Hunefer yang telah mati dibawa ke dewan pengadilan oleh Anubis yang berkepala jakal. Adegan seterusnya penimbangan jantungnya, dengan Ammit menunggu keputusan dan Thoth mencatatkannya. Hunefer yang berjaya melulusi ujian seterusnya dipersembahkan oleh Horus yang berkepala falkon kepada Osiris, yang bersemayam di keramatnya bersama Isis, Nephthys dan empat anak lelaki Horus. (Dinasti ke-19, s. 1300 SM)
Sebahagian Kitab Orang Mati Mesir yang ditulis pada papirus, menunjukkan Timbangan Jantung dalam Duat. Anubis berada di hujung kanan. Neraca menggambarkan bulu pelepah sebagai pemberat, dan Ammit menanti jantung yang mesti dimakannya. Kehadiran Osiris di pintu masuk ke syurga Aaru menjadikan papirus ini berasal dari zaman lewat mitos ini.

Duat (Bahasa Mesir: dwꜣt, Sebutan Mesirologi "du-wat", Bahasa Qibti: ⲧⲏ, juga Tuat, Tuaut atau Akert, Amenthes, Amenti, atau Neter-khertet) ialah alam ghaib atau alam barzakh dalam mitologi Mesir purba. Ia dilambangkan dalam hieroglif sebagai bintang dalam bulatan: 𓇽. Dewa Osiris dipercayai ialah raja alam ini. Dialah mumia pertama, seperti yang diceritakan dalam mitos Osiris dan dia mempersonifikasikan kelahiran semula dan hidup selepas mati. Dunia bawah tanah juga merupakan kediaman pelbagai dewa lain selain Osiris.

Geografi Duat agak serupa dengan dunia yang diketahui orang Mesir: Terdapat ciri-ciri realistik seperti sungai, pulau, padang, tasik, gumuk dan gua, tetapi terdapat juga tasik api yang besar, dinding besi dan pokok batu pirus. Dalam Kitab Dua Jalan (Teks Keranda) malah ada imej duat seperti peta.[1]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search