Dunia Islam

Negara dengan majoriti Muslim berwarna hijau, manakala negara dengan kira-kira 50% Muslim berwarna kuning.


Istilah Dunia Muslim, juga dikenali sebagai Dunia Islam atau Ummah (Arab: أمة, bermaksud "negara" atau "masyarakat"[1][2]) memiliki makna yang berbeza. Dari segi agama, Ummah Islam merujuk kepada mereka yang berpegang pada ajaran Islam, iaitu Muslim. Dari segi budaya, Ummah Muslim merujuk kepada kebudayaan Islam, tidak termasuk penduduk bukan Islam yang tinggal dalam kebudayaan tersebut.Pada zaman geopolitik moden, istilah "negara Islam" biasanya merujuk kepada negara, negeri, daerah atau bandar bermajoriti Muslim.

Meskipun gaya hidup Islam menekankan perpaduan dan mempertahankan saudara Muslim, sekolah dan mazhab (lihat hubungan Sunni-Syiah, sebagai contoh) wujud. Dahulunya, kedua-dua Pan-Islamism dan nasionalis mempengaruhi status sebagai Timur Tengah Agung.

Setakat tahun 2015, lebih daripada 1.7 bilion atau sekitar 23.4% daripada penduduk dunia adalah Muslim[3] termasuk 4.4% yang hidup sebagai minoriti. Mengikut peratusan daripada jumlah penduduk di kawasan yang menganggap mereka adalah seorang Muslim, 24.8% tinggal di AsiaOceania ,[4] 91.2% di Timur TengahAfrika Utara,[5] 29.6% di Sub-Sahara Afrika,[6] sekitar 6.0% di Eropah,[7] dan 0.6% di Amerika.[8][9][10][11]

  1. ^ For the definition, see: Ummah.
  2. ^ James Bowman. Honor: A History. Page 26. 2007.
  3. ^ "Christianity 2015: Religious Diversity and Personal Contact" (PDF).
  4. ^ "Region: Asia-Pacific". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 3 January 2012.
  5. ^ "Region: Middle East-North Africa". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 3 January 2012.
  6. ^ "Region: Sub-Saharan Africa". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 3 January 2012.
  7. ^ "Region: Europe". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 3 January 2012.
  8. ^ "Region: Americas". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 3 January 2012.
  9. ^ Tom Kington (31 March 2008). "Number of Muslims ahead of Catholics, says Vatican". The Guardian. Dicapai pada 17 November 2008.
  10. ^ "Muslim Population". IslamicPopulation.com. Dicapai pada 17 November 2008.
  11. ^ "Field Listing - Religions". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 17 November 2008.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search