E pluribus unum

SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

Pada tahun 1781, koloni menubuhkan sebuah kesatuan melalui Artikel Konferedasi. Tetapi ia hanya bertahan selama enam tahun. Pada 1787, satu perlembagaan ditulis. Tidak lama selepas itu, Undang-Undang Hak Asasi ditambah. Ia adalah satu set 10 pindaan undang-undang yang menghadkan kuasa kerajaan dan menjamin hak-hak rakyat. Tujuan utama adalah kerajaan sebagai demokrasi yang dipilih oleh rakyat yang mempunyai hak-hak yang sama. Pada mulanya bagaimana pun perkara ini tidak mencerminkan hak sama rata kerana hanya lelaki berkulit putih yang mempunyai harta layak mengundi. Perkara ini hanya berubah selepas Perang Saudara Amerika, pada pindaan yang ke-13, ke-14, ke-15, dan ke-19.

Sebahagian besar Amerika Syarikat adalah tanah ladang sebelum revolusi perindustrian sekitar pertengahan abad ke-19. Perkembangan ekonomi yang tinggi berlaku selepas itu dan lebih banyak negeri dimasukkan dari 13 yang asal.

Masalah serius mula berlaku apabila negeri-negeri di selatan tidak bersetuju dengan negeri-negeri di utara mengenai polisi-polisi seperti perhambaan dan berapa banyak kuasa negeri-negeri patut ada untuk membuat undang-undang mereka sendiri. Negeri-negeri selatan ini kemudian membuat gabungan mereka yang terasing dari kerajaan pusat. Negeri-negeri di utara pula dipanggil negeri-negeri kesatuan. Perang saudara antara dua kumpulan negeri ini berlangsung dari 1861 sehingga 1865. Negeri-negeri kesatuan memenangi perang dan perhambaan berakhir di Amerika Syarikat.

Selepas Perang Saudara, berlaku pula masalah antara penduduk kulit putih dan kaum pribumi Indian apabila lebih ramai orang berpindah ke kawasan barat. Pertelingkahan berlaku dan ramai kaum pribumi Indian dibunuh.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search