Ebrahim Raisi


Ebrahim Raisi
ابراهیم رئیسی
Presiden Iran
Dalam jawatan
3 Ogos 2021 – 19 Mei 2024
Pemimpin AgungAli Khamenei
Naib PresidenEshaq Jahangiri
Didahului olehHassan Rouhani
Digantikan olehMohammad Mokhber (pemangku)
Ketua Hakim Iran
Dalam jawatan
7 Mac 2019 – 1 Julai 2021
Dilantik olehAli Khamenei
Naib PertamaGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Didahului olehSadeq Larijani
Ketua Pendakwa Raya Negara Iran
Dalam jawatan
23 Ogos 2014 – 1 April 2016
Dilantik olehSadeq Larijani
Didahului olehGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Digantikan olehMohammad Jafar Montazeri
Ahli Perhimpunan Pakar
Dalam jawatan
24 Mei 2016 – 19 Mei 2024
Kawasan pilihan rayaProvinsi Khorasan Selatan
Majoriti325,139 (80.0%)
Dalam jawatan
20 Februari 2007 – 21 Mei 2016
Kawasan pilihan rayaProvinsi Khorasan Selatan
Majoriti200,906 (68.6%)
Naib Ketua Hakim Negara Iran
Dalam jawatan
27 Julai 2004 – 23 Ogos 2014
Ketua Hakim Negara IranMahmoud Hashemi Shahroudi
Sadeq Larijani
Didahului olehMohammad-Hadi Marvi
Digantikan olehGholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Pengerusi Pejabat Siasatan Awam Iran
Dalam jawatan
22 Ogos 1994 – 9 Ogos 2004
Dilantik olehMohammad Yazdi
Didahului olehMostafa Mohaghegh Damad
Digantikan olehMohammad Niazi
Butiran peribadi
LahirSeyyed Ebrahim Raisol-Sadati
(1960-12-14)14 Disember 1960
Mashhad, Iran
Meninggal dunia19 Mei 2024(2024-05-19) (umur 63)
Iran
Sebab kematianHelikopter terhempas
Tempat persemadianKubah Emas Imam Reza, Iran
Parti politikJemaah Ulama Mujahid
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Republik Islam (1987-2024)
PasanganJamileh Alamolhoda
SaudaraAhmad Alamolhoda (mentua)
Alma materShahid Motahari University
Laman web rasmiTapak web rasmi

Ayatollah Sayyid Ebrahim Raiso-Sadati (Parsi: سید ابراهیم رئیس‌ الساداتی; 14 Disember 1960 – 19 Mei 2024) atau ringkasnya dikenali sebagai Ebrahim Raisi (Parsi: ابراهیم رئیسی) juga dikenali sebagai Penyembelih Tehran, ialah seorang ahli politik konservatif dan pakar fekah dari Iran yang dilantik sebagai Presiden negara tersebut h berikutan kemenangan dalam pilihan raya presiden Iran 2021.[1]

Raisi pernah berkhidmat untuk beberapa jawatan dalam sistem kehakiman Iran, seperti Timbalan Ketua Hakim (2004–2014), Peguam Negara (2014–2016), dan Ketua Hakim Negara (2019–2024). Beliau juga merupakan Qadi dan Timbalan Qadi Tehran pada tahun 1980-an dan 1990-an, yang mana beliau menyelia pembunuhan ribuan tahanan dan penentang politik. Beliau merupakan Penjaga dan Pengerusi Astan Quds Razavi, sebuah bonyad (yayasan kebajikan), dari tahun 2016 hingga 2019.[2] Beliau ialah anggota Majlis Himpunan Pakar bagi Provinsi Khorasan Selatan, yang dipilih kali pertama pada pilihan raya 2006.

Raisi bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2017[3] sebagai calon Barisan Rakyat Tentera Revolusi Islam yang konservatif[4]. Beliau tewas kepada penyandang Presiden Hassan Rouhani yang beraliran sederhana, dengan peratusan undi 57% dan 38.3%. Raisi berjaya dalam pemilihan presiden untuk cubaan keduanya pada 2021 dengan perolehan undi 61.9%, menggantikan Hassan Rouhani, yang telah tamat had perkhidmatan.[5]

  1. ^ Maziar Motamedi (19 June 2021). "Hardliner Ebrahim Raisi declared Iran's new president". Al Jazeera. Dicapai pada 19 June 2021.
  2. ^ "Ra'eesi became chairman of AQR". BBC Persian. 7 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 8 March 2016.
  3. ^ "Hardline cleric Raisi to take on Rouhani in Iran's presidential election". Reuters. 9 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2017. Dicapai pada 17 April 2017.
  4. ^ "Iran News Round Up", Critical Threats Project, 7 April 2017, diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2018, dicapai pada 24 April 2017
  5. ^ Raisi -- Which institution was the most accurate predictor of election results? tabnak.ir Retrieved 23 June 2021

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search