Edward VIII

Edward VIII
Duke Windsor
Edward dengan pakaian seragam kolonel dari Pengawal Welsh, 1919
Raja United Kingdom dan Jajahan Takluk British, Maharaja India (lagi...)
Pemerintahan20 Januari 1936 –
11 Disember 1936
Didahului olehGeorge V
Diikuti olehGeorge VI
Keputeraan(1894-06-23)23 Jun 1894
White Lodge, Richmond, Surrey
Kemangkatan28 Mei 1972(1972-05-28) (umur 77)
4 Route du Champ d'Entraînement, Paris, Perancis
Pemakaman5 Jun 1972
Tapak Pemakaman Diraja, Frogmore, Windsor, Berkshire
PasanganWallis Simpson (k. 1937)
KerabatWindsor (daripada 1917)
Saxe-Coburg and Gotha (until 1917)
AyahandaGeorge V
BondaMary dari Teck
TandatanganTandatangan Edward VIII
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Bendera Tentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja
PangkatLihat senarai
AnugerahMilitary Cross
Edward VII di Kanada pada 1919.

Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu Putera Edward, Duke Windsor; 23 Jun 189428 Mei 1972) merupakan Raja United Kingdom dan Jajahan Takluk Empayar British dan Maharaja India sejak kemangkatan ayahandanya, George V (1910–36), pada 20 Januari 1936, sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Disember 1936. Baginda merupakan pemerintah yang kedua dari Kerabat Diraja Windsor, ayahandanya telah menukarkan nama keluarga diraja daripada Saxe-Coburg-Gotha pada tahun 1917.

Sebelum menaiki takhta, Edward VIII memegang gelaran Putera Edward dari York, Putera Edward dari York dan Cornwall, Duke Cornwall, Duke Rothesay dan Putera Wales (kesemuanya membawa gelaran Royal Highness). Semasa muda, baginda pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I, melakukan lawatan ke luar negara sebagai wakil ayahandanya dan dikaitkan dengan beberapa wanita berkahwin yang lebih tua.

Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya Wallis Simpson, seorang janda sosialit Amerika Syarikat yang bercerai sekali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua Gereja England yang pada masa itu tidak mengiktiraf perkahwinan semula dengan janda yang tidak diceraikan suami sevara rasmi. Oleh sebab itu, baginda memutuskan turun takhta secara sukarela selepas kurang setahun atau 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja George VI.

Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran Duke Windsor oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 Jun 1937 di Perancis. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara Jerman dan bertemu dengan Adolf Hitler. Khabar ini mendatangkan pemburukan nama beliau semasa Perang Dunia Kedua kerana kunjungan ini dilihat sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan kedua-dua mereka terhadap rejim Nazi; beliau dihantar ke Bahamas sebagai Gabenor hasil tindak balas kerajaan pada ketika ini. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan menetap di Paris sepanjang hidupnya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search