Ekonomi

Ekonomi

Kategori umum

Mikroekonomi · Makroekonomi
Sejarah pemikiran ekonomi
Metodologi · Pendekatan heterodoks

Ekonometrik

Ekonomi matematik · Statistik
Keratan rentas & Panel Data
Persamaan serentak  · Siri masa
Pengiraan · Eksperimen
Akaun negara

Bidang dan subbidang

Kelakuan · Budaya · Evolusi
Tumbesaran · Pembangunan · Sejarah
Antarabangsa · Sistem ekonomi
Ekonomi monetari dan kewangan
Ekonomi awam dan Kebajikan
Kesihatan · Pendidikan · Kebajikan
Penduduk · Buruh · Pengurusan
Perniagaan · Maklumat · Teori permainan
Organisasi perindustrian · Undang-undang
Pertanian · Sumber alam
Persekitaran · Ekologi
Bandar · Luar bandar · Serantau · Geografi

Senarai

Jurnal · Penerbitan
Kategori · Tajuk · Ahli ekonomi

Portal Perniagaan dan Ekonomi

Ekonomi (daripada bahasa Yunani οίκος – "kediaman" dan νέμoμαι – "urus"[1]) ialah kawasan pengeluaran, agihan dan perdagangan, serta penggunaan barang dan perkhidmatan oleh ejen yang berbeza. Difahami dalam maksud terluasnya, 'Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber'.[2] Ejen ekonomi boleh jadi individu, perniagaan, pertubuhan, atau kerajaan. Urus niaga ekonomi berlaku apabila dua kumpulan atau pihak bersetuju dengan nilai atau harga barang atau perkhidmatan yang diurus, biasanya dinyatakan dalam suatu mata wang tertentu. Walau bagaimanapun, urus niaga kewangan hanya menerangkan sebahagian kecil domain ekonomi. Aktiviti ekonomi terdorong oleh pengeluaran yang menggunakan sumber asli, pekerja dan modal. Ia berubah dari masa ke masa disebabkan oleh teknologi (automasi, pencepat proses, pengurangan fungsi kos), inovasi (keluaran baru, perkhidmatan, proses, mengembangkan pasaran, pempelbagaian pasaran, peluang pasaran, meningkatkan fungsi hasil) seperti, yang mengeluarkan harta intelek dan perubahan dalam hubungan industri (yang paling ketara Buruh kanak-kanak digantikan di beberapa bahagian di dunia dengan akses sejagat kepada pendidikan). Ekonomi tertentu ialah hasi satu set proses yang melibatkan budayanya, nilai, pendidikan, evolusi teknologi, sejarah, organisasi masyarakat, struktur politik dan sistem perundangan, serta geografinya, penganugerahan sumber asli, dan ekologi, sebagai faktor utama. Faktor-faktor ini memberi konteks, kandungan, dan menetapkan syarat dan parameter di mana suatu ekonomi berfungsi. Dalam kata lain, domain ekonomi ialah domain sosial amalan dan urus niaga manusia. Ia tidak dapat berdiri sendiri.

Ekonomi berasaskan pasaran ialah tempat barang dan perkhidmatan dikeluarkan dan ditukar berdasarkan permintaan dan penawaran antara peserta (ejen ekonomi) melalui barter atau alat pertukaran dengan nilai kredit atau debit diterima dalam rangkaian, seperti unit mata wang. Ekonomi berasaskan perintah ialah tempat ejen politik mengawal secara langsung benda yang dikeluarkan dan cara ia dijual dan diedarkan. Ekonomi hijau adalah rendah karbon, cekap sumber dan terangkum secara sosial. Dalam ekonomi hijau, pertumbuhan dalam pendapatan dan pekerjaan digerakkan oleh pelaburan awam dan swasta yang mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran, meningkatkan kecekapan tenaga dan sumber, dan mencegah kehilangan biodiversiti dan khidmat ekosistem.[3] Ekonomi sementara ialah tempat pekerjaan jangka pendek ditugaskan atau dipilih melalui platform dalam talian.[4] Ekonomi baru ialah istilah dirujuk dengan ekosistem muncul penuh di mana piawaian dan amalan baru diperkenalkan, biasanya akibat inovasi teknologi.

  1. ^ Rujuk:
    • Kwik Khing Djoen (1923). "economie (H) economy (E)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 87. ilmoe jang membitjaraken prihal kekajahan, teroetama prihal wetwet jang sendirinja berlakoe atas pangeloearan barang, pemakean barang, pembagian barang dan tentang toekar-menoekar dengan perantarahannja barang.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "economie (huishoudkunde)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Ontleend aan Latijn oeconomia ‘organisatie, huishouding’ < Grieks oikonomíā ‘id.’, samengesteld uit oĩkos ‘woning’ en een afleiding van nómos ‘regel, wet’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ James, Paul; with Magee, Liam; Scerri, Andy; Steger, Manfred B. (2015). Urban Sustainability in Theory and Practice: Circles of Sustainability. London: Routledge. m/s. 53.
  3. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 11, 2013. Dicapai pada Oktober 26, 2014.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ "How governments should deal with the rise of the gig economy". The Economist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-08.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search