Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia
Fail:Ddjjd.jpg
Kuala Lumpur,merupakan pusat perdagangan Malaysia
Mata wangRinggit Malaysia
Tahun fiskalTahun kalendar
Pertubuhan perdaganganAFTA, WTO, RCEP, APEC, ASEAN, IOR-ARC, JETRO, FAO, CPTPP
Perangkaan
KDNK$ 1,096 Bilion ( GDP PPP) 13,108( PPP percapita)
Pertumbuhan KDNK4.4% (2023 Q1)
KDNK per kapita$13,108 (nominal, 2023 est.)[1] $ 33,113 (PPP, 2023 est.)
KDNK mengikut sektorPertanian: 6.30%, Industri: 24.0%, Perkhidmatan: 58.6% (2022 est.)
Inflasi (CPI)3.7% (Januari 2023)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
3.9% (2022 est.)
Pekali Gini41.1 (2022)
Tenaga buruh16.54 juta (2022 est.)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanPertanian: 10.28%, Industri: 27.01%, Perkhidmatan: 62.72% (2019 est.)
Pengangguran3.6% (2022)
Industri utamaElektronik, semikonduktor, mikrocip, litar bersepadu, getah, oleokimia, automotif, peranti optik, farmaseutikal, peralatan perubatan, kayu, pulpa kayu, petroleum, petrokimia, kewangan islam, peleburan, gas asli cecair, produk telekomunikasi
Dagangan antarabangsa
Eksport$297.6 billion (2022 est.)
Barangan yang dieksportsemikonduktor, minyak sawit, petroleum, jentera, produk eletronik, kenderaan, pembuatan logam, bahan kimia, gas asli cecair, peralatan optik & saintifik, getah, kayu dan produk kayu
Rakan dagangan eksport utama Amerika Syarikat 8.72%
 Taiwan 21.51%
 Jepun 7.69%
 Singapura 9.2% [2]
Import$288.0 billion (2022 est.)
Barangan yang diimportkenderaan dan produk elektronik, petroleum, pembuatan, kimia logam,besi dan keluli, plastik
Rakan dagangan import utama Taiwan 16.18%
 Jepun 6.36%
 Singapura 14.45
 Hong Kong 6.93%
 Amerika Syarikat 11.10% (2022 est.)
Kewangan awam
Hutang awam169.4 Billion 50.4% of KDNK (2012)[1]
Hasil negara$50.30 billion (2021 est.)
Perbelanjaan$75.67 billion (2021 est.)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malaysia ialah negara yang membangun di dunia, dan mengamalkan pemasaran berorientasikan negara dan terbuka.[3] Negara memainkan peranan yang penting dalam menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi. Di alam tahun 2007, Ekonomi Malaysia adalah negara mempunyai ekonomi terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah AS$357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 90% hingga 99% semenjak 1870[4] Negara-negara Asia Tenggara telah mengalami suatu peningkatan ekonomi mendadak dan menjalani pembangunan yang pantas semasa akhir abad ke-20 dan mempunyai satu KDNK per kapita sebanyak AS$1994,400, telah dianggap sebagai sebuah negara industri baru.[5][6] Bagi taburan pendapatan, terdapat 5.8 juta seisi rumah pada tahun 2007. Daripada itu, 8.6% mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM1,000, 29.4% mempunyai pendapatan di antara RM991,000 dan RM299,000, manakala 19.8% memperolehi di antara RM2,001 dan RM3,000; 12.9% daripada seisi keluarga/rumah memperolehi di antara RM3,001 dan RM4,000 serta 8.6% di antara RM4,001 dan RM5,000. Akhirnya, di sekitar 15.8% daripada seisi rumah mempunyai pendapatan di antara RM5,001 dan RM10,000 serta 4.9% mempunyai pendapatan RM10,000 dan ke atas.[7]

Sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan yang merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.

Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.

Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat, dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.

Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah menghilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian daripada makanan utama sewaktu bekalan beras berkurangan atau habis.

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imf1
  2. ^ "Export Partners of Vietnam". CIA World Factbook. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 2013-07-23.
  3. ^ Malaysia a Statist Economy
  4. ^ "Malaysia resilient against global economic slump". The Edge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-29. Dicapai pada 2008-04-23.
  5. ^ Paweł Bożyk (2006). "Newly Industrialized Countries". Globalization and the Transformation of Foreign Economic Policy. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 164. ISBN 0-75-464638-6.
  6. ^ N. Gregory Mankiw (4th Edition 2007). Principles of Economics. ISBN 0-32-422472-9. Check date values in: |year= (bantuan)
  7. ^ Pauline Puah (2008-07-10). "Half of M'sian households earn below RM3,000 a month". The Edge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-11. Dicapai pada 2008-07-10.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search