Ekonomi Singapura

Ekonomi Singapura
Kertas wang dolar Singapura
Kedudukanke-58
Mata wangDolar Singapura (SGD)
Tahun fiskal1 April - 31 Mac
Pertubuhan perdaganganWTO, APEC
Perangkaan
KDNK$124.3 bilion (anggaran 2005)
Pertumbuhan KDNK7.9% (2006)
KDNK per kapitaAS$28,100
KDNK mengikut sektorPertanian: 0%, industri: 33.9%, perkhidmatan: 66.1% (anggaran 2005)
Inflasi (CPI)0.4% (anggaran 2005 )
Populasi
dibawah garis kemiskinan
tiada maklumat
Pekali Ginitiada maklumat
Tenaga buruh2.28 juta (anggaran September 2005)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanPerkilangan 18%, pembinaan 6%, pengangkutan dan komunikasi 11%, kewangan, perniagaan dan perkhidmatan lain 39%, lain-lain 26% (2003)
Pengangguran2.7% (2006)
Industri utamaElektronik, bahan kimia, perkhidmatan kewangan, pelengkapan penggerudian minyak, penapisan petroleum, pemprosesan getah dan keluaran getah, makanan proses dan minuman, pembaikan kapal, pembinaan pelantar luar pesisir, sains hayat, dan perdagangan entreport
Dagangan antarabangsa
Eksport$204.8 bilion f.o.b. (anggaran 2005)
Barangan yang dieksportJentera dan pelengkapan (termasuk elektronik), barang pengguna, bahan kimia, dan bahan bakar mineral
Rakan dagangan eksport utamaMalaysia 14.7%, Amerika Syarikat 11.5%, Indonesia 10.7%, Hong Kong 10.4%, China 9.5%, Jepun 6%, Thailand 4.5%, Australia 4.1% (2005)
Import$188.3 bilion (anggaran 2005)
Barangan yang diimportJentera dan pelengkapan, bahan bakar mineral, bahan kimia, barang makanan
Rakan dagangan import utamaMalaysia 14.4%, Amerika Syarikat 12.4%, China 10.8%, Jepun 10.1%, Indonesia 5.5%, Arab Saudi 4.7%, Korea Selatan 4.5% (2005)
Kewangan awam
Hutang awamAS$23.76 bilion (anggaran 2005)
Hasil negaraAS$18.67 bilion
PerbelanjaanAS$18.21 bilion; termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5.1 bilion (anggaran 2005)
Bantuan ekonomitiada

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kehidupan di
Singapura
Agama
Bahasa
Bahasa Singlish
Demografi
Ekonomi
Filem
Hari Kelepasan
Kebudayaan
Kehomoseksualan
Kesusasteraan
Muzik
Pendidikan
Pengangkutan
Politik
Sukan
Tarian
sunting

Ekonomi Singapura ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya, dengan kerajaannya memainkan peranan yang utama. Singapura mempunyai sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, nyata, dan agak bebas daripada amalan rasuah, dengan harga-harga yang stabil. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di dunia. Eksport, khususnya elektronik dan bahan kimia serta perkhidmatan, merupakan sumber hasilnya yang utama yang membenarkannya membeli sumber-sumber semula jadi dan bahan-bahan mentah yang tidak dimilikinya. Oleh itu, Singapura bolehlah dikatakan bergantung kepada sebuah konsep perdagangan entreport yang lanjut, dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk dihalusinya bagi tujuan mengeksport kembali, umpamanya industri pembikinan wafer dan penapisan minyak.

Singapura juga mempunyai sebuah pelabuhan yang strategik yang memberikannya kelebihan untuk bersaing, berbanding dengan jiran-jirannya yang menjalankan kegiatan-kegiatan entreport. Pelabuhan Singapura ialah pelabuhan yang tersibuk di dunia, mengatasi juga Hong Kong dan Shanghai. Selain daripada infrastruktur pelabuhannya yang unggul, Singapura juga mempunyai tenaga buruh yang mahir, hasil daripada kejayaan dasar pendidikannya untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang mahir. Infrastruktur pelabuhannya yang unggul memberinya laluan yang lebih mudah ke pasaran kedua-dua import dan eksport, manakala kemahiran tenaga buruh diperlukan untuk menghalusi barang-barang import supaya menjadi barang-barang eksport.

Pada 14 Februari 2007, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006 telah mencapai 7.9%, suatu pencapaian cemerlang yang melebihi jangkaan yang asal sebanyak 7.7%. [1]

  1. ^ "Ekonomi Singapura bertumbuh sebanyak 7.7% pada tahun 2006". Saluran NewsAsia. 31 Disember 2006. oleh Dominique Loh.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search