Ekspatriat

Ekspatriat adalah mana-mana orang atau golongan yang hidup di negara-negara lain dimana ianya disebabkan kebolehan serta sumbangannya. Dalam penggunaan biasa, istilah ini sering digunakan dalam konteks 'profesional yang dihantar ke luar negara oleh syarikat-syarikat mereka', berbanding dengan kakitangan tempatan diupah. Dalam erti kata lain, ia disebabkan faktor-faktor sosio-ekonomi kerana profesional atau kemahiran yang tinggi maka ianya diterima oleh sesebuah negara dan termasuk di dalam golongan ekspatriat, manakala buruh manual yang telah berpindah ke negara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang mungkin dilabelkan sebagai 'pendatang'. Tidak ada definisi yang khusus ditetapkan dan penggunaannya/maknanya tidak berbeza bergantung keutamaan dan konteks serta individu.

Akta Expatriasi AS tahun 1868 berkata dalam mukadimahnya, hak ekspatriat adalah hak semulajadi dan wujud buat semua orang yang amat diperlukan untuk menikmati hak kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20, terdapat ramai rakyat Amerika yang tertarik dengan pusat budaya Eropah terutamanya Munich dan Paris. Pengarang Henry James, misalnya, menjadikan England sebagai rumahnya manakala Ernest Hemingway menjadikan Paris sebagai pilihannya.

Istilah 'ekspatriat' di sesetengah negara juga mempunyai konteks undang-undang yang digunakan untuk tujuan percukaian. Sesetengah ekspatriat boleh menerima layanan cukai yang khusus. Seseorang hanya boleh menjadi ekspatriat jika mereka berpindah ke negara lain daripada negara mereka sendiri untuk bekerja dengan niat untuk kembali ke negara asal mereka dalam tempoh tertentu.

Semasa era Nazi, terdapat banyak pelarian politik Jerman dari sayap kiri dan intelektual yang menjadi ekspatriat di negara lain, seperti Albert Einstein, Maria Graf Oskar, Willy Brandt, Thomas Mann dan lain-lain lagi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search