Ekuinoks

Pencahayaan Bumi oleh Matahari pada hari ekuinoks, (waktu cahaya senja diabaikan).
Bumi dalam orbitnya mengelilingi Matahari menyebabkan Matahari muncul di sfera cakerawala bergerak di atas ekliptik (merah) yang mencondong pada khatulistiwa (biru).
Diagram musim-musim Bumi seperti yang dilihat dari Utara. Kanan jauh: solstis Disember
Diagram musim-musim Bumi seperti yang dilihat dari Selatan. Kiri jauh: solstis Jun
Lengkok siang pada latitud 0°, khatulistiwa
Lengkok siang pada latitud 20°
Lengkok siang pada latitud 50°
Lengkok siang pada latitud 70°
Lengkok siang pada latitud 90°, kutub

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search