Emas

79 platinumemasraksa
Ag

Au

Rg
Umum
Nama, Simbol, Nombor emas, Au, 79
Siri kimia logam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok 11, 6, d
Rupa kuning berkilauan
Jisim atom 196.966569(4) g/mol
Konfigurasi elektron [Xe] 4f14 5d10 6s1
Bilangan elektron per petala 2, 8, 18, 32, 18, 1
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 19.3 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 17.31 g/cm³
Takat lebur 1337.33 K
(1064.18 °C, 1947.52 °F)
Takat didih 3129 K

(2856 °C, 5173 °F)

Haba pelakuran 12.55 kJ/mol
Haba pengewapan 324 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 25.418 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1646 1814 2021 2281 2620 3078
Sifat atom
Struktur hablur kubus berpusat muka
Keadaan pengoksidaan 3, 1
(oksida amfoterik)
Keelektronegatifan 2.54 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 890.1 kJ/mol
kedua: 1980 kJ/mol
Jejari atom 135 pm
Jejari atom (kiraan) 174 pm
Jejari kovalen 144 pm
Jejari Van der Waals 166 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan tiada data
Rintangan elektrik (20 °C) 22.14 nΩ·m
Keberkonduktan haba (300 K) 318 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 14.2 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (suhu bilik) (penarikan dalam)
2030 m/s
Modulus Young 78 GPa
Modulus ricih 27 GPa
Modulus pukal 220 GPa
Nisbah Poisson 0.44
Skala kekerasan Mohs 2.5
Kekerasan Vickers 216 MPa
Kekerasan Brinell 2450 MPa
Nombor CAS 7440-57-5
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
195Au syn 186.10 hari ε 0.227 195Pt
196Au syn 6.183 hari ε 1.506 196Pt
β- 0.686 196Hg
197Au 100% Au stabil dengan 118 neutron
198Au syn 2.69517 hari β- 1.372 198Hg
199Au syn 3.169 hari β- 0.453 199Hg
Rujukan

Emas (Jawi: امس), mas (Jawi: مس) atau aurum (Kim.,[1] Jawi: اءوروم‎) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

Emas ialah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[2] Jumlah ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia ialah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan pengalir elektrik yang sangat bagus.

Kod mata wang ISO bagi emas ialah XAU.

  1. ^ "aurum". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Majlis Emas Dunia

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search