Eosen

Eosen
Peta Bumi pada awal epok Eosen (50 Ma)
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahAnomali negatif kuat dari segi nilai-nilai δ13C sewaktu PETM[1]
Sempadan bawah GSSPKeratan Dababiya, Luxor, Mesir[1]
25°30′00″N 32°31′52″E / 25.5000°N 32.5311°E / 25.5000; 32.5311
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2003[1]
Takrif sempadan atasDPT foramina berplankton Hantkenina dan Cribrohantkenina
Sempadan atas GSSPKeratan kuari Massignano, Massignano, Ancona, Itali
43°31′58″N 13°36′04″E / 43.5328°N 13.6011°E / 43.5328; 13.6011
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1992[2]

Eosen ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung bermula kira-kira 56 hingga 33.9 juta tahun dahulu (jtd). Ia merupakan epok kedua Tempoh Paleogen dalam Era Senozoik moden. Nama Eocene (dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Yunani Purba ἠώς (ēṓs, "fajar") dan καινός (kainós, "baharu") dan merujuk kepada "fajar" fauna moden ('baru') yang muncul semasa zaman itu.[3][4]

Eosen menjangkau masa dari akhir epok Paleosen sehingga permulaan epok Oligosen. Permulaan epok Eosen ditandai dengan tempoh yang singkat dengan kandungan isotop karbon 13C dalam atmosfera yang jauh lebih rendah berbanding dengan isotop 12C yang lebih biasa ditemui. Purata suhu Bumi pada awal epok Eosen adalah kira-kira 27 darjah Celsius.[5] Penghujungnya ditetapkan pada peristiwa kepupusan besar yang dipanggil Grande Coupure atau peristiwa kepupusan Eosen–Oligosen, yang mungkin berkaitan dengan impak satu atau lebih hentaman tahi bintang yang besar di Siberia dan di tempat yang kini dikenali sebagai Teluk Chesapeake. Seperti tempoh geologi yang lain, stratum yang mentakrifkan permulaan dan penghujung zaman dapat dikenal pasti dengan baik,[6] walaupun tarikh tepatnya ada sedikit tidak pasti.

  1. ^ a b c Aubry, Marie-Pierre; Ouda, Khaled; Dupuis, Christian; William A. Berggren; John A. Van Couvering; Working Group on the Paleocene/Eocene Boundary (2007). "The Global Standard Stratotype-section and Point (GSSP) for the base of the Eocene Series in the Dababiya section (Egypt)" (PDF). Episodes. 30 (4): 271–286. doi:10.18814/epiiugs/2007/v30i4/003.
  2. ^ Silva, Isabella; Jenkins, D. (September 1993). "Decision on the Eocene-Oligocene boundary stratotype" (PDF). Episodes. 16 (3): 379–382. doi:10.18814/epiiugs/1993/v16i3/002. Dicapai pada 13 December 2020.
  3. ^ See:
  4. ^ "Eocene". Online Etymology Dictionary.
  5. ^ https://www.pnas.org/doi/10.1073/pnas.1809600115#:~:text=During%20the%20Eocene%2C%20the%20warmest,(ppmv)%20(23).
  6. ^ The extinction of the Hantkeninidae, a planktonic family of foraminifera became generally accepted as marking the Eocene-Oligocene boundary; in 1998 Massignano in Umbria, central Italy, was designated the Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP).

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search