Eris (planet kerdil)

Eris ⯰
Eris (tengah) dan Dysnomia (di kanan tengah). Balai Cerap Keck.
Eris (tengah) dan Dysnomia (di kanan tengah).
Balai Cerap Keck.
Penemuan
Ditemui olehM. E. Brown,
C. A. Trujillo,
D. L. Rabinowitz[1]
Tarikh penemuan21 Oktober 2003[1]
Designasi
Designasi planet minor136199 Eris
Nama alternatif2003 UB313 [2]
Kategori planet minorPlanet kerdil
TNO (objek cakera terserak)
Ciri-ciri orbit
Epok 6 Mac 2006
(JD 2453800.5) [3]
Afelion97.56 AU (14.60 Tm)
Perihelion37.77 AU (5.65 Tm)
Paksi semimajor67.6681 AU (10.12 Tm)
Kesipian0.44177
Kelajuan purata orbit3.436 km/s
Min anomali197.63427°
Kecondongan44.187°
Longitud nod menaik35.8696°
Satelit1
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa1200 km ± 50 km
(750 batu ± 30 batu,
atau 19% dari Bumi)
Jisim1.6×1022kg[4]
Tempoh putaran ikut bintang> 8 h?
Albedo0.86 ± 0.07
Suhu min purata max
Kelvin ~30 K
Magnitud mutlak (H)−1.12 ± 0.01

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Eris (simbol: ⯰;[5] Inggeris: IPA: [ˈɛ.ɹɪs] atau [ˈɪ.ɹɪs]), juga penandaan rasmi 136199 Eris merupakan planet kerdil berjisim terbesar di dalam sistem suria dan jasad kesembilan berjisim terbesar yang mengorbit matahari secara langsung. Ia mempunyai anggaran kira-kira 2300–2400 km diameter,[6] dan 27% lebih berjisim daripada Pluto atau lebih kurang 0.27% daripada jisim Bumi.[7][8]

Planet kerdil Eris telah ditemukan pada Januari 2005 oleh sebuah pasukan berpengkalan di Balai Cerap Palomar yang diketuai oleh Mike Brown, dan identitinya telah dikenalpasti pada akhir tahun berkenaan. Ia merupakan sebuah objek trans-Neptune (TNO), dan merupakan ahli di dalam satu populasi keeksentrikan(keganjilan) yang tinggi dikenali sebagai sebagai cakera terserak, berada hanya di luar lingkaran Kuiper, dan ditemani oleh sekurang-kurangnya satu bulan iaitu Dysnomia. Sehingga 2011, jaraknya dari Matahari adalah 96.6 AU,[9] secara kasarnya tiga kali lebih jauh berbanding dengan Pluto. Dengan kekecualian beberapa komet, Eris dan Dysnomia adalah objek semulajadi yang dikenali paling jauh di dalam Sistem Solar.[10][h]

Oleh kerana Eris kelihatan lebih besar daripada Pluto, pada permulaannya, penemunya[11] dan NASA menyifatkan ia sebagai planet kesepuluh Sistem Solar. Penemuan ini, bersama-sama dengan prospek penemuan objek-objek yang bersaiz serupa pada masa hadapan, telah mendorong Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk mendefinasikan istilah planet buat pertama kali. Di bawah definasi IAU yang diluluskan pada 24 Ogos, 2006, Eris merupakan "planet kerdil" bersama-sama dengan Pluto, Ceres, Haumea and Makemake.[12]

Pada tahun 2010, keputusan awal daripada pemerhatian sebuah penghijaban najam oleh Eris pada November 6 telah mencadangkan bahawa diameternya mungkin 2320 km, bererti saiznya hampir sama seperti Pluto.[13] Dengan mengambilkira bar ralat penganggaran saiz kedua-duanya, pada masa kini masih tidak tentu samada Eris atau Pluto mempunyai diameter yang lebih besar.[14] Kedua-dua Pluto dan Eris dianggarkan mempunyai diameter berjisim pejal kira-kira 2330 km.[14]

  1. ^ a b http://cfa-www.harvard.edu/iau/lists/NumberedMPs.html
  2. ^ http://cfa-www.harvard.edu/iau/MPDes.html
  3. ^ http://asteroid.lowell.edu/
  4. ^ Brown, M.E. et al. 2006. Satellites of the Largest Kuiper Belt Objects. Astrophysical Journal, 639:L43-L46
  5. ^ JPL/NASA (2015-04-22). "What is a Dwarf Planet?". Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada 2022-01-19.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bertoldi2006
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mass
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 070614_eris_mass
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AstDys
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama New Planet
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mbrown-planetlila
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IAUPressRelease2006
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Brown2010-occult
  14. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Brown2010-Plutosize

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search