Falsafah

Falsafah (Jawi: فلسفه) ialah satu disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran umum dan asas melalui pengamatan dan penyelesaian masalah yang mendasar dan umum tentang persoalan seperti keberadaan, pengetahuan, nilai, akal, fikiran dan bahasa.[1] Para pengamal bidang ini disebut sebagai ahli falsafah, ahli fikir atau filsuf.[2] Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Perkataan "falsafah" meminjam daripada Arab: فلسفة, rumi: falsafat, ia sendirinya menyerap perkataan Yunani: Φιλοσοφία, rumi: philosophia yang bermaksud "cinta kepada hikmah" (love of wisdom).[3][4] Kamus moden awal bahasa Melayu seperti Kitab Vortaro memberi takrifan bidang ini sebagai "penjelidikan pada segala apa jang menosia bisa dapet mengarti".[5]

  1. ^ Grayling, A. C. (1998). "1: A Guide through the Subject". Philosophy. Oxford University Press. m/s. 1. The aim of philosophical inquiry is to gain insight into questions about knowledge, truth, reason, reality, meaning, mind, and value..
  2. ^ "filsuf". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "Strong's Greek: 5385. φιλοσοφία (philosophia) -- the love or pursuit of wisdom". biblehub.com.
  4. ^ "Online Etymology Dictionary". Etymonline.com. Dicapai pada 22 August 2010.
  5. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "filosofie". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 113.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search