Felipe VI dari Sepanyol

Felipe VI
Raja Sepanyol
Pemerintahan19 Jun 2014 – kini
Penabalan19 Jun 2014
Didahului olehJuan Carlos I
Waris sahLeonor, Puteri Asturias
Perdana MenteriPedro Sánchez
Keputeraan (1968-01-30) 30 Januari 1968 (umur 56)
Madrid, Sepanyol
PasanganLetizia Ortiz Rocasolano (2004–kini)
AnakandaLeonor, Puteri Asturias
Infanta Sofía
Nama penuh
Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos los Santos de Borbón y Grecia
KerabatRumah Bourbon[1]
AyahandaJuan Carlos I dari Sepanyol
BondaSophia dari Greece dan Denmark
AgamaGereja Roman Katolik

Felipe VI (Sebutan Sepanyol: [feˈlipe]; lahir di Madrid, Sepanyol, 30 Januari 1968; umur 56 tahun, ditansir sebagai Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos los Santos de Borbón y Grecia) ialah Raja Sepanyol kini, mewarisi takhta tersebut pada 19 Jun 2014 selepas ayahandanya Juan Carlos I turun takhta.[2][3][4] Sebagai pewaris sah takhta sebelum ini, baginda memakai gelaran Putera Asturias, dan menyokong kerja-kerja kedermawanan dan galakan persahabatan antarabangsa antara negara di mana bahasa Sepanyol dituturkan.

Sesuai dengan Perlembagaan Sepanyol, sebagai raja, baginda ialah ketua negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Sepanyol,[5][6] dan juga memainkan peranan menggalakkan hubungan dengan Ibero-Amerika yakni "negara-negara masyarakat bersejarahnya".[5][6] Isteri baginda ialah Ratu Letizia. Mereka mempunyai dua puteri, yang sulung Leonor, Puteri Asturias, ialah waris sah baginda.

  1. ^ "His Majesty the King Juan Carlos". The Royal Household of His Majesty the King. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-18. Dicapai pada 2014-06-23.
  2. ^ "Felipe takes over as king of Spain". BBC News. 18 Jun 2014.
  3. ^ Govan, Fiona (13 Jun 2014). "Spain will have two kings and two queens". The Telegraph. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  4. ^ Garea, Fernando; Fabra, María (3 Jun 2014). "Coronation of Prince Felipe to take place on June 18". El Pais.
  5. ^ a b (Sepanyol) Título II. De la Corona. Es.wikisource.org. Dicapai 21 Jun 2014.
  6. ^ a b Title II, Article 56, Subsection 1, Text:
    Raja adalah Ketua Negara, lambang kesatuan dan keabadian. Dia mengadili dan sederhana fungsi biasa institusi, dianggap perwakilan tertinggi Negara Sepanyol dalam hubungan antarabangsa, terutama dengan negara-negara masyarakat bersejarahnya, dan melaksanakan fungsi secara tegas yang diberikan kepadanya oleh perlembagaan dan undang-undang
    El Rey es el Jefe del Estado, símbolo de su unidad y permanencia, arbitra y modera el funcionamiento regular de las instituciones, asume la más alta representación del Estado español en las relaciones internacionales, especialmente con las naciones de su comunidad histórica, y ejerce las funciones que le atribuyen expresamente la Constitución y las leyes

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search