Filem

Antara wayang awal menunjukkan kuda berlari.

Filem (Jawi: فيلم) atau wayang gambar (Jawi: وايڠ ݢمبر‎‎) adalah bentuk seni tampak mempersembahkan rupa atau "wayang" menyampaikan sesebuah cerita yang membangkitkan suasana, pandangan dan perasaan terdiri daripada rentetan atau turutan gambar yang bergerak diiringi bunyi termasuk muzik.[1] Penghasilan atau "pembikinan" cerita menggunakan kaedah ini serta industri melibatkan penggiatan sedemikian secara umumnya disebut sebagai perfileman.

Cerita yang disampaikan dalam medium filem mencerminkan budaya masyarakat yang membentuk kerana sifatnya yang merakam pergerakan dan persekitaran latar yang dirakam langsung pada saat itu;[2] ia dipergunakan sebagai wahana penting mendidik atau menyemai pemikiran dalam masyarakat umum yang mudah menangkap berdasarkan apa yang dilihat di layar.

  1. ^ Severny, Andrei (September 5, 2013). "The Movie Theater of the Future Will Be In Your Mind". Tribeca. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2013. Dicapai pada September 5, 2013.
  2. ^ Gunning, Tom (February 2002). "Making Sense of Films". History Matters: The U.S. Survey Course on the Web. George Mason University.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search