Fizik zarah

Fizik zarah (Jawi : فيزيك ذره ) ialah cabang fizik yang mengkaji zarah-zarah asas yang menghasilkan jirim dan sinaran, serta kesannya. Cabang ini juga dikenali sebagai fizik tenaga tinggi kerana kebanyakkan zarah asas tidak stabil dan cenderung untuk mereput atau menghasilkan jirim. Namun, zarah asas boleh dihasilkan dan dikesan semasa pelanggaran bertenaga antara zarah-zarah yang lain, sebagaimana yang telah dibuat di dalam pemecut zarah.

Menurut pemahaman masa kini, zarah-zarah asas ini merupakan pengujaan medan-medan kuantum yang juga mengawal interaksi antara zarah. Pengkaji fizik zarah moden lazimnya mengkaji Model Piawai dan mempunyai matlamat untuk menjelaskan pelbagai interaksi yang telah dikesan namun tidak dapat dijelaskan lagi. Model Piawai ialah teori yang buat masa ini dapat menjelaskan kewujudan zarah-zarah dan medan yang dikesan serta interaksi mereka.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search