Fosfolipid

Struktur asas fosfolipid.

Fosfolipid serta fosfatida[1] merupakan sejenis lipid dengan molekul yang memiliki "kepala" hidrofilia berkumpulan fosfat, dan dua "ekor" hidrofobik terbitan asid lemak yang disambung dengan molekul gliserol. Walaupun begitu, kumpulan fosfat juga boleh dicantum dengan molekul organik ringkas seperti kolina, etanolamina atau serina. Fosfolipid pertama yang ditemui di tisu biologi ialah lesitin dalam kuning telur ayam oleh Theodore Nicolas Gobley pada 1847.

Fosfolipid ialah komponen utama membran sel. Fosfolipid membentuk dwilapisan lipid oleh kerana memiliki ciri ampifilik. Dalam eukariot, membran-membran sel juga memiliki sejenis lagi lipid, sterol yang wujud di antara fosfolipid. Kombinasi ini memberikan fleksibiliti terhadap membran bersama-sama pengukuhan membran. Di samping itu, fosfolipid juga ditulenkan dan dihasilkan secara komersial, dan digunakan dalam bidang nanoteknologi dan sains bahan.[2]

  1. ^ "Phospholipid | biochemistry". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
  2. ^ Mashaghi S.; Jadidi T.; Koenderink G.; Mashaghi A. (2013). "Lipid Nanotechnology". Int. J. Mol. Sci. 14 (2): 4242–4282. doi:10.3390/ijms14024242. PMC 3588097. PMID 23429269.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search