Frankfurt am Main | |
---|---|
Negara | Jerman |
Negeri | Hesse |
Wilayah pentadbiran | Darmstadt |
Daerah | Daerah urban |
Founded | 1st century |
Pentadbiran | |
• Lord Mayor | Mike Josef (SPD) |
• Parti-parti pentadbiran | CDU / Pakatan 90/Hijau |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 248.31 km2 (95.87 batu persegi) |
Penduduk (2014-12-31) | |
• Bandar Raya | 717,624 |
• Kepadatan | 2,900/km2 (7,500/batu persegi) |
• Bandar | 2,221,910[2] |
• Metro | 5,500,000[1] |
Zon waktu | CET/CEST (UTC+1/+2) |
Poskod | 60001–60599, 65901–65936 |
Kod dail | 069, 06109, 06101 |
Pendaftaran kenderaan | F |
Laman sesawang | www.frankfurt.de |
Frankfurt am Main (bantuan·maklumat) adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya terbesar di Jerman. Terletak di tebing sungai Main, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.
Kawasan metropolitan bandar raya, Kawasan Utama Rhine Frankfurt, mempunyai 5 juta penduduk dan merupakan kawasan metropolitan yang kedua terbesar di Jerman.
Di kalangan penutur bahasa Inggeris, bandar raya ini biasa dikenali dengan mudah sebagai "Frankfurt", walaupun orang-orang Jerman kekadang memanggilnya dengan nama penuh untuk membezakannya daripada lagi satu Frankfurt dalam negara yang dikenali sebagai Frankfurt (Oder) di negeri Brandenburg. Pada suatu ketika, bandar raya ini digelarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Frankford-on-the-Main, iaitu terjemahan harfiah untuk Frankfurt am Main (Frankfurt bermaksud Harungan Orang Frank).
Frankfurt ialah salah satu tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search