Gabenor

Gabenor (Jawi: ڬابنور khusus Mal. serapan Inggeris) atau gubernur (Jawi: ڬوبرنورkhusus Ind. serapan Belanda dedua seakar Perancis gouverner turunan Latin gubernāre menyerap Yunani κυβερνάω kubernáō "mengemudi kapal"[1]) ialah gelaran bagi seorang eksekutif yang memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah atau tanah jajahan, pangkatnya di bawah ketua negara. Dalam persekutuan, gabenor merupakan salah satu gelaran yang sering digunakan untuk ahli politik yang mentadbir negeri. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya "Governor" berasal dari perkataan "govern" yang membawa maksud memerintah.

Gelaran ini juga boleh merujuk kepada ketua sesebuah institusi besar seperti syarikat atau bank.

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "gouverneur". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...ontleend aan Frans gouverner ‘besturen’ [guverner ca. 1050; Rey] < Latijn gubernāre ‘besturen, heersen’, oorspronkelijk letterlijk ‘een schip besturen’ < Grieks kubernãn ‘een schip besturen’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search