Gabungan tempur

Kapal terbang, infantri dan kereta kebal bekerjasama, Perang Vietnam

Gabungan tempur ialah satu pendekatan peperangan yang bertujuan menyepadukan perbezaan pasukan tempur sesebuah tentera bagi mencapai kesan saling melengkapi (contohnya, penggunaan infantri dan armor dalam persekitaran bandar, dimana salah satu menyokong yang lain, atau kedua-duanya menyokong antara satu sama lain).[1] Menurut ahli strategi William S. Lind, gabungan tempur dapat dibezakan dari konsep "pasukan bantuan" yang seperti berikut:

Gabungan tempur menyerang musuh dengan dua atau lebih pasukan secara serentak dalam apa-apa cara bahawa tindakan dia mesti ambil untuk mempertahankan diri dari sesuatu membuat dia lebih terdedah kepada yang lain. Sebaliknya, pasukan bantuan menyerang musuh dengan dua atau lebih pasukan dalam turutan, atau jika serentak, maka dalam gabungan itu bahawa tindakan musuh mesti diambil untuk mempertahankan diri dari sesuatu juga mempertahankan dirinya daripada yang lain.[2]

Walaupun unit-unit deretan bawahan sesebuah kumpulan gabungan tempur mungkin jenis yang sama, campuran seimbang unit-unit itu telah digabungkan kepada sebuah unit deretan atasan yang efektif, samada secara rasmi dalam jadual organisasi atau tidak rasmi dalam penyelesaian ad hoc kepada permasalahan medan pertempuran. Sebagai contoh sebuah divisyen armor—contoh moden doktrin gabungan tempur—terdiri daripada campuran infantri, kereta kebal, artileri, peninjauan, dan barangkali juga unit-unit helikopter , semuanya diselaras dan diarah oleh sebuah struktur pemerintahan bersepadu.

Juga, unit-unit tentera yang paling moden boleh, jika keadaan memerlukannya, memanggil lagi cabang-cabang tentera, seperti pesawat pejuang atau pesawat pengebom atau pasukan laut, bagi membantu operasi mereka. Percampuran pasukan kadangkala ditolak keparas bawah dimana keseragaman lazimnya diatasi, contohnya dengan sementara meletakkan sebuah kompeni kereta kebal kepada batalion infantri.

  1. ^ ADRP 3-0: Unified Land Operations (pdf). Department of the Army. 16 May 2012. m/s. 1–14. Dicapai pada 29 September 2014.
  2. ^ William S. Lind (1985). Maneuver Warfare Handbook. Westview Press. m/s. 12.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search