Garam

Garam
Penuaian garam laut di Pak Thale, Phetchaburi, Thailand
Anak bukit garam di Salar de Uyuni, Bolivia
Kristal garam

Garam, (Jawi: ڬارم) juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search