Geografi Jerman

Lokasi Jerman
Peta topografi Jerman

Wilayah Jerman meliputi kawasan seluas 357,024 km², mengandungi 349,223 km² daratan dan 7,798 km² laut. Ia adalah negara ketujuh terbesar dari segi keluasan di Eropah dan ke-63 terbesar di dunia. Ketinggiannya merangkumi pergunungan Alp (puncak tertinggi: Zugspitze pada 2,962 m) di selatan hinggalah ke pantai Laut Utara di barat laut dan Laut Baltik di timur laut. Di antara kedua-duanya terhampar kawasan tanah tinggi berhutan di tengah Jerman dan dataran tanah rendah bahagian utara dengan kedudukan terendah ialah Wilstermarsch pada 3.54 m di bawah paras laut. Beberapa sungai utama Eropah mengalir melaluinya seperti Sungai Rhine, Danube dan Elbe.[1] Oleh kerana kedudukannya yang di tengah-tengah, negara ini bersempadankan banyak negara Eropah berbanding negara lain di benua ini. Negara jirannya ialah Denmark di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Austria dan Switzerland di selatan, Perancis dan Luxembourg di barat daya dan Belgium dan Belanda di barat laut.

  1. ^ "Germany". Buku Fakta CIA (dalam bahasa Inggeris). CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-11. Dicapai pada 2008-09-08.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search