George W. Bush

George W. Bush
جورج دابليو بوش
Potret rasmi pada tahun 2003
Presiden Amerika Syarikat ke-43
Dalam jawatan
20 Januari 2001 – 20 Januari 2009
Naib PresidenDick Cheney
Didahului olehBill Clinton
Digantikan olehBarack Obama
Gabenor Texas ke-46
Dalam jawatan
17 Januari 1995 – 21 Disember 2000
LeftenanBob Bullock (1995–1999)
Rick Perry (1999–2000)
Didahului olehAnn Richards
Digantikan olehRick Perry
Butiran peribadi
Lahir (1946-07-06) 6 Julai 1946 (umur 78)
New Haven, Connecticut
Parti politikParti Republikan
PasanganLaura Welch (k. 1977)
IbuBarbara Bush
BapaGeorge H. W. Bush
KediamanCrawford, Texas, A.S.
Alma materUniversiti Yale
Sekolah Perniagaan Harvard
PekerjaanAhli politik
Peniaga
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Pengawal Kebangsaan Udara Texas
Pengawal Kebangsaan Udara Alabama
Tahun perkhidmatan1968–1974
Pangkat Leftenan Pertama
Unit
  • Sayap Reconnaissance ke-147
  • Sayap Pejuang ke-187

George Walker Bush (lahir 6 Julai 1946; Tulisan Jawi: جورج وولکر بوش) ialah ahli politik dan peniaga Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-43 dari tahun 2001 sehingga 2009.

Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida ke-43, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).

Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat dari Massachusetts.

Selepas meninggalkan pejabat Presiden, Bush kembali ke Texas.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search