George Weah

George Weah
Weah pada 2019
Presiden Liberia ke-25
Dalam jawatan
22 Januari 2018 – 22 Januari 2024
Naib PresidenJewel Taylor
Didahului olehEllen Johnson Sirleaf
Digantikan olehJoseph Boakai
Senator Wilayah Montserrado
Dalam jawatan
14 Januari 2015 – 22 Januari 2018
Didahului olehJoyce Musu Freeman-Sumo
Digantikan olehSaah Joseph
Butiran peribadi
LahirGeorge Tawlon Manneh Oppong
Ousman Weah

(1966-10-01) 1 Oktober 1966 (umur 57)
Clara Town, Monrovia, Liberia
Parti politikCongress for Democratic Change
PasanganClar Weah (kelahiran Jamaica)
Anak-anak3, termasuk George
Alma materUniversiti DeVry

Kerjaya bolasepak persatuan
Posisi permainan Striker
Kerjaya remaja
1981–1984 Young Survivors Claratown
1984–1985 Bongrange Company
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1985–1986 Mighty Barrolle 10 (7)
1986–1987 Invincible Eleven 23 (24)
1987 Africa Sports 2 (1)
1987–1988 Tonnerre Yaoundé 18 (14)
1988–1992 Monaco 103 (47)
1992–1995 Paris Saint-Germain 96 (32)
1995–2000 Milan 114 (46)
2000Chelsea (loan) 11 (3)
2000 Manchester City 7 (1)
2000–2001 Marseille 19 (5)
2001–2003 Al Jazira 8 (13)
Jumlah 411 (193)
Pasukan kebangsaan
1987–2003 Liberia 60 (22)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

George Tawlon Manneh Oppong Ousman Weah (lahir 1 Oktober 1966) ialah Presiden Liberia yang ke-25, berkhidmat dari 2018 hingga 2024. Beliau juga merupakan seorang bekas penyerang bola sepak profesional.

Beliau dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak dari Afrika yang paling terhebat sepanjang masa. Pada tahun 1995, beliau digelar sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA serta memenangi Ballon d'Or, yakni pemain pertama dari benua Afrika yang memenangi anugerah-anugerah ini. Pada tahun 1989, 1994 dan 1995; beliau dinamakan Pemain Terbaik Afrika Tahunan, dan pada tahun 1996, beliau bergelar "Pemain Afrika Terbaik Abad Ini". Weah digambarkan oleh FIFA seperti "pelopor penyerang serba boleh" kerana keupayaannya memecut, berlari dan menggelecek bola serta menjaringkan gol. Pada tahun 2004, beliau dimasukkan dalam senarai pemain terhebat dunia yang masih hidup FIFA 100 oleh Pelé.[1]

Weah melibatkan diri dalam politik Liberia berikutan persaraannya daripada dunia bola sepak. Beliau membentuk Kongres untuk Perubahan Demokrasi (Congress for Democratic Change) serta berkempen merebut jawatan Presiden seberapa kali: beliau gagal kepada Ellen Johnson Sirleaf tahun 2005 dan tahun 2011. Weah kemudiannya dipilih ke Senat Liberia Senat untuk Wilayah Montserrado pada pilihan raya negara tersebut tahun 2014. Beliau akhirnya memenangi undian sebagai Presiden Liberia selepas mengalahkan penyandang Naib Presiden Joseph Boakai dalam pilihan raya negara tersebut tahun 2017.[2][3]

  1. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.
  2. ^ Liberia’s election threatens its fragile stability Financial Times, 8 April 2016
  3. ^ Weah maintains lead in Liberia election's early results ABC News, 10 October 2017

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search