Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (bahasa Inggeris: The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints , atau secara tidak formal Gereja Mormon merupakan sebuah gereja Kristian yang berasal dari Amerika Syarikat dan wujud sejak tahun 1860.[1] Gereja ini berpejabat di Salt Lake City, Utah dan telah menubuhkan pelbagai kongregasi dan bait suci di negara lain. Gereja ini telah dikatakan mempunyai hampir 16 juta pengikut di seluruh dunia.[2][3] Gereja ini dianggap oleh pengikutnya sebagai pemulihan gereja yang telah didiri oleh Yesus Kristus. Gereja ini merupakan mazhab anutan Kristian yang keempat terbesar di Amerika Syarikat mengikut sistem kedudukan yang digunakan Majlis Gereja-Gereja Negara (National Council of Churches) di negara tersebut.[4]
Pengikut gereja ini - dipanggil sebagai "orang suci" dalam lingkungan mereka - mempercayai bahawa Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya adalah prinsip yang paling penting dalam agama mereka.[5][6] Sebagai sebahagian daripada ajaran wahyu yang menerusi, mereka percaya bahawa gereja mereka dipimpin oleh Tuhan sendiri melalui seorang nabi yang hidup, di mana pemimpin gereja ini dipercayai sebagai seorang "nabi, pelihat, dan pewahyu." Gereja ini mempunyai suatu kanon yang terbuka terdiri daripada empat buah kitab suci[7] iaitu Bible (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), Kitab Mormon, Doctrine and Covenants, serta Pearl of Great Price.
Para penganutnya, sama ada lelaki atau wanita digalakkan berkhidmat sebagai mubaligh mewakili gereja itu untuk berdakwah secara rela selama dua tahun. Gereja ini juga bertumpu terhadap kerja-kerja yang memberi kebajikan. Ahli-ahli gereja ini yang beriman juga mengikut pelbagai ajaran yang digalakkan dalam gereja ini seperti suatu kod kesihatan yang menghalang penganut mereka daripada mengambil makanan tertentu (Word of Wisdom), berpuasa, menumpukan ibadat mereka terhadap hari suci mereka pada hari Sabtu, dan juga memberi sepuluh peratus daripada gajinya untuk gereja.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search