Gerimander

Karikatur politik yang terbit pada Mac 1812 hasil tindak balas persempadanan semula daerah Essex Selatan bagi memihak kepada Parti Demokratik-Republikan pimpinan Elbridge Gerry melebihi Parti Federalis yang seakan seekor "raksasa" atau "salamander" sepertimana diulas penulis-penulis akhbar kontemporari ketika itu.

Gerimander[1] merupakan hasil daripada pengolahan sempadan kawasan mengundi agar ia memberi kelebihan kepada pihak atau kelompok tertentu untuk tujuan politik (penentuan sempadan pilihan raya, persempadanan / penyempadanan semula atau gerrymandering)[2]

Konsep persempadanan ini pertama kali digambarkan dalam akhbar Boston Gazette pada 26 Mac 1812 melalui istilah asal dalam bahasa Inggeris iaitu gerrymander atau Gerry-mander: Gerry merujuk kepada Elbridge Gerry (disebut [gé-ĕ-ri]; 1744–1814), Gabenor negeri Massachusetts yang meluluskan rang undang-undang persempadanan semula daerah-daerah mengundi senat negeri tersebut pada tahun 1812 bagi memberi kelebihan kepada Parti Demokratik-Republikannya; manakala komponen mander (daripada perkataan "salamander" ) pula merujuk kepada bentuk haiwan yang kelihatan ketara pada Essex Selatan,[3] salah satu daerah mengundi senat dalam kawasan Boston, setelah persempadanan baru tersebut dilakukan.[4]

  1. ^ "'gerimander' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  2. ^ "'gerrymandering' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  3. ^ Martis, Kenneth C. (2008). "The Original Gerrymander". Political Geography. 27 (4): 833–839. doi:10.1016/j.polgeo.2008.09.003.
  4. ^ Griffith, Elmer (1907). The Rise and Development of the Gerrymander. Chicago: Scott, Foresman and Co. m/s. 72–73. OCLC 45790508.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search