God Defend New Zealand

God Defend New Zealand

Kebangsaan anthem New Zealand
LirikThomas Bracken, 1870s
MuzikJohn Joseph Woods, 1876
Diguna pakai1940 (him kebangsaan)
1977 (lagu kebangsaan)
Sampel audio
God Defend New Zealand (instrumental)

God Defend New Zealand (Terjemahan: Tuhan pertahankan New Zealand) merupakan salah satu lagu kebangsaan New Zealand berserta God Save the Queen. Lagu ini juga digunakan di Kepulauan Cook.

Lirik lagu ini pada asalnya ialah sebuah puisi ciptaan Thomas Bracken yang telah menulisnya pada tahun 1870an. Sebuah pertandingan mencipta lagu bagi puisi tersebut telah dijalankan pada tahun 1876. Pemenang pertandingan itu ialah John Joseph Woods yang menggubah melodi ia selama satu malam sahaja.

Lagu ini mempunyai lima rangkap tetapi hanya rangkap pertama (dan kadangkala kedua) dinyanyikan di majlis-majlis rasmi. Lagu ini boleh dinyanyikan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Maori, bahasa dituturi masyarakat peribumi New Zealand. Namun, lirik bahasa Maori yang menjadi lazim diketahui sejak tahun 1990-an.[1]

  1. ^ "New Zealand's national anthems | NZHistory, New Zealand history online". nzhistory.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search