Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu
Nulu Nabalu, Aki Nabalu
ݢونوڠ کينبالو
Pemandangan gunung waktu fajar dari Kundasang
Titik tertinggi
Ketinggian4,095 m (13,435 ka)
Tonjolan4,095 m (13,435 ka)
Pengasingan2,513 kilometer (1,562 bt)
Geografi
LokasiSabah, Borneo
Induk banjaranBanjaran Crocker
Pendakian
Pendakian pertama1858 oleh H. Low dan S. St. John
Laluan paling mudahMendaki

Gunung Kinabalu (bahasa Dusun: Gayo Ngaran atau Nulu Nabalu) ialah sebuah gunung pluton terletak di Kundasang, Ranau, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Puncak ia tertinggi tidak sahaja dalam negara Malaysia malah juga di Pulau Borneo dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut;[1] gunung Kinabalu merupakan yang ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyarakat Dusun setempat, mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

  1. ^ "Maklumat tentang Gunung Kinabalu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-22. Dicapai pada 2009-02-13.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search