Gurun Sahara

Sahara
Gurun Terbesar
Imej satelit Sahara oleh NASA WorldWind
Koordinat23°N 13°E / 23°N 13°E / 23; 13Koordinat: 23°N 13°E / 23°N 13°E / 23; 13
Video ini di atas Sahara dan Timur Tengah diambil oleh anak kapal Ekspedisi 29 yang berada di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa.

Gurun Sahara (Arab: الصحراء الكبرى, aṣ-ṣaḥrāʼ al-kubrá, 'Gurun Terbesar') dengan keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) merupakan gurun panas terbesar di dunia, dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika. Sahara terletak di Afrika Utara dan berkemungkinan setua 2.5 juta tahun. Nama Sahara berasal daripada perkataan Arab - (Mengenai audio iniصحراء ) - yang bermaksud "padang pasir".[1]

Lautan Atlantik terletak di barat Sahara manakala Pergunungan Atlas serta Laut Mediterranean terletak di utara. Laut Merah dan Mesir terdapat di timur dan Sudan serta lembah Sungai Niger boleh ditemui di selatan Sahara.

Sahara membahagikan benua Afrika kepada rantau utara dan pinggirnya.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 211. ISBN 967-65-7321-3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search