Hari Kemenangan ke atas Jepun

Anggota tentera Berikat meraikan penyerahan Jepun di Paris.

Hari Kemenangan di Pasifik (Hari V-P) (atau Hari kemenangan ke atas Jepun, Hari V-J) merupakan keraian penyerahan kalah Jepun yang mula-mulanya diumumkan pada 15 Ogos 1945 (14 Ogos di Amerika Utara), sekaligus menamatkan pertempuran Perang Dunia II. Di Jepun, hari berkenaan digelar Shūsen-kinenbi (終戦記念日), yang bermaksud "Hari peringatan tamatnya perang". Hari ini juga diperingati sebagai Hari Pembebasan di Korea dan beberapa negara lain.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search