Heliopolis (Mesir purba)

 

Heliopolis
Jwnw atau Iunu
Obelisk Al-Masalla, tugu terbesar yang tersisa dari Heliopolis, digambarkan pada tahun 2001.
LokasiMesir
WilayahKegabenoran Kaherah
Koordinat30°07′46″N 31°18′27″E / 30.129333°N 31.307528°E / 30.129333; 31.307528

Heliopolis (Jwnw, Iunu; Bahasa Mesir: 𓉺𓏌𓊖, lit. 'Tiang-tiang'; Bahasa Qibti: ⲱⲛ; Yunani: Ἡλιούπολις, rumi: Hēlioúpοlis, lit.'Bandar Matahari') dahulu merupakan sebuah bandar utama Mesir purba. Ia ibu kota Nomos Heliopolis atau Nomos ke-13 Mesir Hilir dan pusat keagamaan yang besar dahulu. Kini ia terletak di Ayn Shams, daerah timur laut Kaherah.

Heliopolis adalah salah satu bandar tertua Mesir purba, diduduki sejak Mesir prasejarah.[1] Ia berkembang pesat di bawah Kerajaan Lama dan Pertengahan tetapi hari ini kebanyakannya sudah musnah, kuil dan bangunannya yang lain telah dibongkar untuk pembinaan Kaherah pada zaman pertengahan. Kebanyakan maklumat tentang bandar purba itu datang daripada catatan yang masih wujud.

Peninggalan utama Heliopolis yang masih ada ialah obelisk Kuil Ra-Atum yang didirikan oleh Senusret I dari Dinasti XII. Ia masih berdiri di kedudukan asalnya, kini dalam Al-Masalla di El Matareya, Kaherah.[2] Obelisk granit merah setinggi 21 m (69 ka) seberat 120 tan (240,000 lbs) itu dipercayai adalah obelisk tertua yang masih wujud di dunia.[3] Di bawah Augustus, orang Rom mengambil Obelisk Montecitorio dari Heliopolis ke Rom dan tinggal sehingga kini. Dua obelisk yang lebih kecil dipanggil Jejarum Cleopatra, di London dan New York, juga datang dari Heliopolis.

  1. ^ Dobrowolska; dll. (2006), Heliopolis: Rebirth of the City of the Sun, American Univ in Cairo Press, m/s. 15, ISBN 9774160088.
  2. ^ Griffith, Francis Llewellyn (1911). "Obelisk" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 19 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 945..
  3. ^ "obelisk". www.britannica.com. Dicapai pada 2021-08-25.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search