Helium

Helium,  2He
Garis spektrum helium
Ciri-ciri umum
Sebutan/ˈhliəm/ HEE-lee-əm
Rupagas tidak berwarna, berkilau merah-jingga apabila diletakkan di dalam medan elektrik bervoltan tinggi
Helium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
-

He

Ne
hidrogenheliumlitium
Nombor atom (Z)2
Kumpulan, kalakumpulan 18 (gas nadir), kala 1
BlokBlok s
Berat atom piawai (Ar)4.002602(2)
Konfigurasi elektron1s2
Bil. elektron per petala/cengkerang
2
Ciri-ciri fizikal
Fasagas
Takat lebur(pada 2.5 MPa) 0.95 K ​(−272.20 °C, ​−457.96 °F)
Takat didih4.22 K ​(−268.93 °C, ​−452.07 °F)
Ketumpatan pada stp (0 °C dan 101.325 kPa)0.1786 g/L
apabila cecair, pada t.l.0.145 g/cm3
apabila cecair, pada t.d.0.125 g/cm3
Titik genting5.19 K, 0.227 MPa
Haba pelakuran0.0138 kJ/mol
Haba pengewapan0.0829 kJ/mol
Muatan haba molar5R/2 = 20.786 J/(mol·K)
Tekanan wap (ditakrifkan dengan ITS-90)
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K)     1.23 1.67 2.48 4.21
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan0
KeelektronegatifanSkala Pauling: tiada data
Jejari kovalen28 pm
Jejari van der Waals140 pm
Rampaian
Struktur hablur ​heksagon disusun rapat
Kelajuan bunyi972 m/s
Daya pengaliran terma0.1513 W/(m·K)
Sifat kemagnetandiamagnet[1]
Nombor CAS7440-59-7
Sejarah
PenemuanPierre Janssen, Norman Lockyer (1868)
Pengasiangan pertamaWilliam Ramsay, Per Teodor Cleve, Abraham Langlet (1895)
Isotop utama bagi helium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
3He 0.000137%* adalah stabil dengan 1 neutron
4He 99.999863%* adalah stabil dengan 2 neutron
  • Nilai atmosfera, kelimpahan mungkin berbeza di tempat-tempat berbeza.
| rujukan | dalam Wikidata
Paparan amaran: parameter "phase color" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "image alt 3" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "image size 3" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "series" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "lambda point kPa" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "lambda point K" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "1st ionization energy" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "series comment" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "atomic mass" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "jawi" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "atomic mass 2" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "name en" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "2nd ionization energy" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "image name 3 comment" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "3rd ionization energy" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "series color" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "atomic mass comment" tidak diketahui
Paparan amaran: parameter "image name 3" tidak diketahui

Helium (Jawi: هيليوم) adalah sejenis unsur kimia dengan simbol He dan nombor atom 2. Ia merupakan gas monoatom tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, tidak beracun dan lengai yang terletak di tempat teratas dalam kumpulan gas adi (kumpulan 18) dalam jadual berkala. Helium mempunyai takat didih dan lebur yang terendah berbanding semua unsur lain serta wujud dalam bentuk gas kecuali dalam keadaan-keadaan ekstrem.

Helium adalah unsur kedua paling ringan dan kedua terbanyak di dalam alam semesta boleh cerap. Ia membentuk 24% daripada keseluruhan jisim unsur—12 kali ganda jisim kesemua unsur lain (kecuali hidrogen) digabungkan. Peratusan kelimpahan helium di alam semesta adalah sama dengan peratusannya di dalam Matahari dan planet Musytari. Ini disebabkan oleh tenaga pengikatan nuklear (setiap nukleon) helium-4 yang sangat tinggi berbanding dengan tenaga pengikatan nuklear bagi tiga unsur selepasnya. Tenaga pengikatan helium-4 ini juga menjelaskan kebiasaannya diperolehi daripada pelakuran nuklear dan pereputan radioaktif. Kebanyakan helium di alam semesta ialah helium-4, dan ia dipercayai telah dihasilkan sewaktu Letupan Besar. Kini, helium yang baharu dihasilkan oleh pelakuran hidrogen di dalam teras bintang-bintang.

Helium dinamakan bersempena nama dewa Matahari dalam kepercayaan orang Yunani, Helios. Ia telah dikesan buat pertama kali melalui penemuan satu garis spektrum kuning yang tidak diketahui di dalam cahaya matahari sewaktu gerhana matahari pada 1868 oleh seorang ahli falak Perancis, Jules Janssen. Janssen diberikan penghargaan kerana menemui helium bersama-sama dengan Norman Lockyer. Janssen telah memerhati sewaktu kejadian gerhana matahari pada 1868 itu, sementara Lockyer memerhatikan dari Britain. Lockyer merupakan orang pertama yang mencadangkan yang garis spektrum baru itu disebabkan oleh satu unsur baru, yang beliau kemudiannya namakan. Penemuan unsur itu secara rasmi telah dibuat pada tahun 1895 oleh dua ahli kimia Sweden, Per Teodor Cleve dan Nils Abraham Langlet; mereka menemui unsur itu muncul daripada sejenis bijih uranium bernama kleveit (cleveite). Pada 1903, simpanan helium yang besar telah ditemui di medan-medan gas asli di kawasan-kawasan Amerika Syarikat, yang sehingga hari ini menjadi pengeluar terbesar gas helium.

Helium digunakan dalam kriogenik (suku daripada jumlah pengeluaran digunakan dalam bidang ini, menjadikannya pengguna terbanyak helium), terutama sekali dalam penyejukan magnet pengalir lampau (superconducting magnets), dan kegunaan komersialnya yang utama adalah di dalam pengimbas MRI. Kegunaan industri helium yang lain sebagai gas pemberi tekanan dan penyingkiran, serta sebagai atmosfera pelindung untuk kimpalan arka dan di dalam proses-proses seperti penumbuhan kristal untuk menghasilkan wafer silikon, merangkumi separuh daripada penggunaan gas helium yang dihasilkan. Kegunaan kecil helium yang lebih diketahui ialah sebagai gas pengangkat di dalam belon dan kapal udara.[2] Seperti mana gas-gas lain yang lebih ringan daripada udara, jika gas ini disedut sedikit, ia akan mengubah kedalaman suara manusia untuk seketika. Dalam kajian saintifik, perilaku dua fasa cecair helium-4 (helium I dan helium II) adalah penting kepada para pengkaji yang mengkaji tentang mekanik kuantum (lebih tepat lagi, ciri-ciri kebendaliran lampau) dan juga kepada mereka yang memerhatikan fenomena yang suhu hampir sifar mutlak sebabkan pada jirim, seperti keberaliran lampau.

Di Bumi, gas ini agak jarang, dengan kelimpahan dalam atmosfera bumi hanya sebanyak 0.00052% mengikut isipadu. Kebanyakan helium dari Bumi yang wujud pada hari ini dihasilkan melalui pereputan radioaktif unsur-unsur radioaktif yang berat (torium dan uranium). Zarah-zarah alfa yang dipancarkan dalam pereputan ini terdiri daripada nukelus-nukleus helium-4. Helium radiogenik ini terperangkap dengan gas asli, dengan kepekatan sehingga 7% mengikut isipadu. Dari situ, ia diekstrak secara komersial melalui proses pemisahan bersuhu rendah yang dinamakan penyulingan berperingkat.

  1. ^ Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds, in Handbook of Chemistry and Physics 81st edition, CRC press.
  2. ^ Helium: Up, Up and Away? Melinda Rose, Photonics Spectra, Okt. 2008. Diakses Feb 27, 2010. Untuk carta pai 1996 yang lebih berwibawa tetapi lebih tua yang menunjukkan penggunaan helium A.S. mengikut sektor, yang memaparkan hasil yang lebih kurang sama, lihat carta yang dihasilkan semula dalam bahagian "Penggunaan" rencana ini.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search