Herodotus

Herodotus
Ἡρόδοτος
Gambaran ukiran rupa Herodotus
Kelahirans. 484 SM
Meninggal dunias. 425 SM (Sekitar umur 60 tahun)
PekerjaanSejarawan
Karya terkenal
Historíai
Ibu bapa
  • Lyxes (Ayah)
  • Dryotus (Ibu)
Saudara
  • Theodorus (Saudara)
  • Panyassis (Paman atau Sepupu)

Herodotus (disebut [hé.ro.do.tus]; bahasa Yunani kuno: Ἡρόδοτος Hēródotosdisebut [hɛː.ró.do.tos]) adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di HalicarnassusCaria (sekarang digelar BodrumTurki) dan hidup dalam abad kelima SM (sekitar 484–425 SM) sezaman dengan Sokrates. Beliau secara meluas digelar sebagai "Bapa Sejarah"; beliau merupakan ahli sejarah yang pertama diketahui menyimpang daripada tradisi catatan peristiwa gaya Homeros yang lazim pada zamannya dengan mendekati bahan sejarah sebagai satu kaedah penyiasatan — secara khususnya dengan mengumpul bahan-bahan sejarah diperolehi secara sistematik dan kritis serta kemudiannya menyusun bahan-bahan berkenaan dalam Historiografi.

Historíai (Ἱστορίαι - The Histories) merupakan salah satu karyanya diketahui penghasilannya yang menerangkan tentang catatan "penyiasatan" mengenai asal usul Perang Yunani-Parsi dan termasuk banyak maklumat geografi dan etnografi. Sebahagian kandungan "penyiasatan" beliau adalah khayalan dan tidak tepat, namun beliau jelas menyatakan bahawa beliau hanya melaporkan apa sahaja yang diberitahu kepadanya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search