Hesat

Imej gambaran biasa Hathor sebagai seekor lembu, yang berhubungan rapat dengan Hesat.

Hesat ialah seorang dewi Mesir purba dalam bentuk lembu. Dia dikatakan memberi manusia susu (dipanggil "bir Hesat") dan menyusukan firaun dan beberapa dewa lembu jantan Mesir kuno. Dalam Teks Piramid dia dipanggil ibu Anubis dan raja yang telah mangkat. Dia juga amat berkait dengan Mnevis, dewa lembu jantan hidup yang dipuja di Heliopolis, dan ibu-ibu lembu jantan Mnevis dikebumikan di tanah perkuburan yang dikhaskan untuk Hesat. Pada zaman Ptolemaik (304–30 SM) dia berkait rapat dengan dewi Isis.[1]

Dalam mitologi Mesir, Hathor salah satu dewa lembu utama kerana dia ibu kepada Horus dan Ra dan berkait rapat dengan peranan golongan diraja dan keberajaan.[2] Hesat juga salah satu manifestasi Hathor, biasanya digambarkan sebagai lembu putih yang mewakili kesucian dan susu yang dia hasilkan untuk memberi kehidupan kepada manusia.[2] Dewi-dewi lembu lain termasuk Sekhat-Hor, Mehet-Weryt dan Shedyt.[3] Dewa sejawat mereka termasuk Apis, Mnevis, Sema-wer, Ageb-wer.[3]

  1. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. pp. 173–174
  2. ^ a b "Hathor". World History Encyclopedia. Dicapai pada 2018-12-03.
  3. ^ a b Von Lieven, Alexandra (2012). "Book of the Dead, Book of the Living: BD Spells as Sample Texts". The Journal of Egyptian Archaeology. 98: 249–67. doi:10.1177/030751331209800114.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search