ISO 4217

Paparan kadar pertukaran di Bureau de change yang menyenaraikan nama mata wang dalam bahasa Inggeris bersama-sama kod ISO 4217-nya.
Tiket penerbangan yang menunjukkan harga dengan menggunakan kod ISO 4217 "EUR" (bawah kiri) dan bukannya simbol mata wang


ISO 4217, juga di kenali sebagai kod mata wang, ialah kod tiga huruf piawai antarabangsa yang dirumuskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) untuk mentakrifkan nama mata wang. Kod itu bukan sahaja digunakan untuk mata wang tetapi juga untuk logam berharga (emas, perak, paladium, dan platinum), serta sesetengah entiti yang lain yang digunakan dalam kewangan antarabangsa, misalnya Hak Pengeluaran Khas (HPK).

Penggunaan senarai kod ISO 4217 ialah norma yang mantap dalam bidang perbankan dan perniagaan di seluruh dunia. Di banyak negara, kadar pertukaran untuk mata wang yang umum dan yang kodnya dikenali ramai diterbitkan di dalam akhbar atau dipaparkan di dalam bank. Kod ISO 4217 juga digunakan oleh tiket penerbangan dan tiket kereta api antarabangsa untuk mengelakkan sebarang kekaburan harga tiketnya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search