Ibadi

Ibadi atau Ibāḍiyya (Arab: الاباضية; al-Ibāḍiyyah) adalah golongan Muslim yang bersumber pada al-Quran dan hadis dengan fokus utama menjadi hamba Allah dengan sederhana. Golongan ini tersebar di kalangan golongan umat Islam baik Ahlus Sunnah mahupun Syi'ah dengan berbagai-bagai mahzabnya. Golongan ini merupakan mazhab yang majoriti di Oman.[1] Keyakinan kaum Ibadi adalah bahawa setiap Muslim bersaudara dan hanya Allah yang akan menjadi hakim bagi umat manusia.

Kaum Ibadi mementingkan ukhuwah Islamiyyah daripada bermusuh-musuhan hanya kerana berbeza mahzab atau keyakinan. Cukuplah keyakinan mereka mengharapkan disebut hamba-hamba Allah yang dipanggil untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

  1. ^ Rose Aslan (16 Ogos 2012). "Overcoming sectarian divides among Muslims". Huffington Post. HarakahDaily/en. Dicapai pada 13 Mac 2014.[pautan mati kekal]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search